Shin Hyun Been dan Moon Sang Min buat pilihan berbeza untuk berdepan realiti kehidupan dalam drama rom-com terbaru

Drama Shin Hyun Been dan Moon Sang Min yang akan datang, “Cinderella at 2 AM”, telah mengeluarkan gambar pegun pertamanya!

“Cinderella at 2AM” merupakan drama komedi romantik yang memecahkan klise ‘Cinderella’ dengan menceritakan kisah realistik ‘Cinderella’ di mana Ha Yoon Seo (Shin Hyun Been), memutuskan untuk berpisah dengan teman lelakinya yang kaya-raya (chaebol), dan Seo Joo Won (Moon Sang Min), yang cuba untuk mengubah fikirannya.

Shin Hyun Bin melakonkan watak Ha Yoon Seo, seorang wanita berbakat yang tidak percaya dengan kisah dongeng Cinderella. Dia dengan tenang menyebut nombor akaun banknya kepada ibu teman wanitanya, yang mendesaknya untuk berpisah dengan anaknya sebagai pertukaran wang.

Moon Sang Min pula melakonkan watak Seo Joo Won, yang merupakan anak bongsu daripada keluarga chaebol dan merupakan teman lelaki Ha Yoon Seo yang baik. Dia seorang yang mengenepikan segala-galanya untuk Ha Yoon Seo dan melakukan segala yang dia mampu untuk mengubah fikirannya semasa dia memilih untuk berpisah secara tiba-tiba.

Jangkaan yang tinggi diletakkan untuk percintaan yang mencuit hati antara Ha Yoon Seo, yang memilih untuk memihak kepada realiti, dan Seo Joo Won, yang baginya cinta adalah segalanya.

Para pelakon juga meningkatkan jangkaan untuk drama itu, dengan berkongsi “Keserasian lakonan kami berjalan dengan baik sehingga kami dapat menyelami peranan kami dengan lebih mendalam lagi. Kami berharap keserasian antara Yoon Seo dan Joo Won membangkitkan keterujaan hati penonton. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan ini rom-com yang dinantikan oleh ramai orang. Sila nantikannya.”

“Cinderella at 2 AM” dijadualkan akan ditayangkan pada 24 Ogos menerusi Viu Malaysia.

Sumber : 1