Jang Nara, Nam Ji Hyun, Kim Jun Han dan P.O bentuk pasukan hebat dalam “Good Partner”

Drama SBS yang akan datang “Good Partner” telah mengeluarkan foto pegun baharu menjelang tayangan perdananya!

Ditulis oleh peguam perceraian sebenar, “Good Partner” akan menggambarkan perjuangan lucu dua peguam perceraian yang sangat berbeza karakter: Cha Eun Kyung (Jang Nara), seorang peguam terkenal yang menjadi pilihan ramai dalam menangani perceraian, dan Han Yu Ri (Nam Ji Hyun ), seorang peguam baru yang masih tidak biasa dengan perkara berkaitan penceraian.

Foto pegun yang baru dikeluarkan menunjukkan ahli pasukan penceraian termasuk Cha Eun Kyung, Han Yu Ri, Jung Woo Jin (Kim Jun Han), dan Jeon Eun Ho (P.O) menjalani perbincangan di mesyuarat bulanan mereka.

Peguam veteran Cha Eun Kyung memberi perhatian kepada Han Yu Ri dan Jeon Eun Ho yang sedang berkongsi buah fikiran mereka melihat senarai pelanggan mereka.

Tidak seperti pandangan tajam Cha Eun Kyung, ekspresi muka Jung Woo Jin kelihatan mesra dan tenang  ketika bertentang mata dengan kedua-dua pekerja  baharu itu mewujudkan jangkaan tinggi untuk keserasian dan kerja berpasukan antara mereka berempat.

“Good Partner” akan ditayangkan perdana pada 12 Julai dan tersedia dengan sari kata di Viu Malaysia.

Sumber : 1

loading...