Netizen gesa selamatkan Taeyeon SNSD sebelum terlambat

Setelah Sulli ditemui mati kerana bunuh diri baru-baru ini, Taeyeon SNSD juga terpalit sebagai salah seorang yang perlu perhatian oleh SM Entertainment memandangkan penyanyi itu pernah mengaku sedang mengalami kemurungan sebelum ini lebih-lebih lagi Sulli dan Jonghyun Shinee pernah menjadi kenalan rapatnya.

Pada 16 Jun 2019 lalu, Taeyeon membuat pengakuan di hadapan peminatnya  bahawa beliau sedang mengalami kemurungan dan sedang mengubatinya dengan ‘antidepressants’. “Walaupun ia hanya kemurungan atau sakit bipolar semata-mata, saya pinta jangan bersikap biadab. Mereka ialah pesakit yang sedang menderita,” luah Taeyeon apabila diasak-asak dengan soalan-soalan begitu panas daripada netizen pada masa itu.

Taeyeon dan Sulli pernah tinggal bersama di dalam satu dorm asrama ketika mereka masih lagi pelatih SM Entertainment. Sulli menyampaikan rasa berterima kasih kepada Taeyeon dan Tiffany, dua orang senior yang dianggap sebagai rakan paling rapat dengan dirinya dan sentiasa menjaganya sejak beliau masih bersekolah lagi. Mereka masih dilihat menyokong kerjaya masing-masing walaupun Sulli telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Taeyeon juga seperti tidak boleh menerima hakikat kehilangan Jonghyun Shinee sejak kematian sahabatnya itu pada Disember 2017. “Aku rindui kamu sangat, Jonghyun,” luah Taeyeon yang disebut-sebut netizen sebagai punca beliau mengalami kemurungan.

Sehubungan dengan itu, netizen menggesa Taeyeon diselamatkan sebelum terlambat. Beberapa kata-kata positif juga dihimpunkan di ruangan twitter bagi menyandarkan sokongan ke atas Taeyeon.

Sementara itu, SM Entertainment  telah bertindak mengubah jadual promosi album terbaru Taeyeon serta-mereta. Pada asalnya, pelancaran album berkenaan telah ditetapkan pada 15 Oktober 2019 esok hari. Taeyeon yang belum mengeluarkan sebarang kenyataan secara peribadi barangkali masih terkejut dengan berita kehilangan sahabat baiknya itu.

View this post on Instagram

정규 2집 수록곡 ‘Gravity’ 💥

A post shared by TaeYeon (@taeyeon_ss) on

 

Sumber: chungcheong review, naver

loading...