Hyeri, Karina, Kim Do Hoon dan ramai lagi sertai rancangan varieti baharu Netflix “Agents Of Mystery”

Variety show Netflix yang akan datang, “Agents of Mystery”, telah meluncurkan foto-foto karakter!

“Agents of Mystery” ialah rancangan survival pengembaraan misteri permainan di mana Lee Yong Jin, Lee Eun Ji, John Park, Hyeri Girl’s Day, Kim Do Hoon dan Karina Aespa menjejaki dan menyelesaikan kes-kes pelik yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik. Rancangan ini diterbitkan oleh PD Jung Jong Yeon yang pernah menghasilkan “The Devil’s Plan,” “The Genius,” “The Great Escape,” dan banyak lagi.

Foto pegun yang baru dikongsikan itu menampilkan sepasukan enam penyiasat misteri yang sangat asyik menyiasat kes pelik. Lee Yong Jin, yang memegang watak ketua pasukan penyiasat, adalah individu yang bijak dan strategik yang ditugaskan untuk menangani kejadian yang tidak dijangka. Lee Yong Jin menyatakan hasratnya untuk menyelami dunia ciptaan PD Jung Jong Yeon. Dia menjelaskan,

Sebagai abang yang paling tua, saya akan lebih bertanggungjawab pada situasi yang sukar, secara fizikal dan mental. Pasukan produksi, yang terkenal kerana mencipta beberapa program hiburan misteri terbaik di Korea Selatan, telah mencipta ‘Agents of Mystery’ dengan sebaiknya, jadi kami berharap anda akan terpaku dan terpegun sepenuhnya.

– Lee Yong Jin

John Park, yang dikenali sebagai “genius” dalam pasukan penyiasat, dengan tenang dan cekap menyelesaikan kes misteri. Sebagai peminat PD Jung Jong Yeon, dia memutuskan untuk menyertai rancangan ini kerana dia begitu bersemangat untuk merungkai misteri dan teka-teki.

Saya melibatkan diri dalam situasi misteri dan terus memerhati persekitaran saya untuk mengelakkan kehilangan sebarang petunjuk. Saya harap anda akan menyelami sepenuhnya ke dalam dunia yang hebat dan misteri ini.

– John Park

Lee Eun Ji, sebagai penguat semangat pasukan, menawarkan pelbagai idea untuk menyelesaikan misi dengan kemahiran pemerhatiannya yang tajam. Eun Ji sentiasa bersedia untuk memuji rakan sepasukannya atas usaha keras mereka dan teruja untuk menyelami dunia hiburan yang bertemakan misteri.

Saya berhasrat untuk menyatukan kekuatan semua orang untuk mengatasi cabaran bersama-sama dan memberikan sokongan kepada setiap ahli. Jika anda peminat misteri, anda pasti akan terpikat.

– Lee Eun Ji

Hyeri, yang dikenali sebagai “ace all-around” dalam pasukan, akan menggunakan ketajaman penglihatan serta fokus yang hebat dan ketangkasan mental yang pantas untuk mendedahkan petunjuk penting dalam kes. Dia berkongsi minatnya terhadap rancangan merangsang minda seperti “The Devil’s Plan” dan “The Genius” . Hyeri juga gemar menyertai permaian ‘escape room’ semasa mengembara.

Saya tidak mempunyai sebab untuk bimbang tentang penampilan saya dalam rancangan ini kerana ia adalah hasil kerja PD Jeong Jong-yeon, yang saya percayai dan kagumi. Setiap ahli pasukan penyiasat terlibat sepenuhnya dalam senario yang diberikan. Saya juga menangani setiap cabaran dengan pertimbangan yang teliti dan menyelesaikan masalah. Saya harap semua orang menikmati musim panas yang hebat dengan ‘Agents of Mystery’.

– Hyeri

Kim Do Hoon, seorang peminat misteri, merupakan individu yang boleh dipercayai, berorientasikan tindakan yang cepat mengemudi situasi dengan semangat dan penuh kreativiti. Dia yang sangat menikmati projek  PD Jung Jong Yeon sebelum ini menyatakan:

Disebabkan saya tidak dapat ramal apa yang akan berlaku seterusnya, saya tumpukan perhatian pada senario yang ada dan memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan misi yang diberikan. Saya mendapati diri saya benar-benar beradaptasi dan menikmati persekitaran yang sempurna serta alam semesta yang luas. Saya harap keterujaan dan dopamin yang saya rasa dapat disampaikan sepenuhnya kepada penonton.

– Kim Do Hoon

Karina aespa, seorang pencinta fiksyen misteri, adalah ‘penyiasat bahagian penyiasatan’ yang bijak yang mengendalikan semua yang dia rasa perlu.

Oleh kerana saya yang paling senior dalam aespa, tetapi ini adalah kali pertama saya menjadi ahli paling muda. Jadi, saya merasakan saya perlu membantu ahli yang lain. Saya berhasrat untuk membantu mereka dengan membawa pelbagai barangan dan memainkan peranan saya sebagai adik bongsu. Saya harap anda memonton dengan penuh keseronokkan seperti betapa seronoknya saya menyertai rancangan ini.

– Karina aespa

“Agents of Mystery” ialah karya yang diharapkan dapat mencipta rancangan misteri pengembaraan yang unik oleh penerbit Jeong Jong Yeon, yang berjaya dalam permainan survival menggunakan minda di Netflix, iaitu ‘Devil’s Plan’, [The Great Escape], dan [Girl’s Mystery Club]. Dia menyatakan:

Walaupun semua kes, lokasi dan misi dalam rancangan ini disediakan oleh pasukan produksi, enam peserta berkenaan tidak mempunyai maklumat awal. Rancangan ini menonjol kerana bagi mereka, semua situasi ini adalah realiti. Untuk memastikan peserta mempunyai pengalaman yang mengasyikkan dan realistik, kami telah membuat persediaan yang meluas yang melampaui standard biasa untuk drama tv dan filem. Saya percaya bahawa keseronokan pengembaraan yang dirasai oleh peserta ini akan sampai sepenuhnya kepada penonton. Saya harap semua orang menikmatinya.

– PD Jeong Jong Yeon

Tayangan perdana “Agents of Mystery” akan disiarkan pada 18 Jun di penstriman Netflix. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Leee Yong Jin, Lee Eun Ji, John Park, Hyeri Girl’s Day, Kim Do Hoon dan Karina Aespa beraksi dalam pengembaraan untuk menyelesaikan misteri kes-kes yang diberikan. Jom tonton trailer rasmi “Agents of Mystery” di bawah.

Sumber : 1

loading...