7 drama Korea terbaru akan bersiaran dan menemani korang sepanjang Jun ini

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Jun 2024 ini, ada 7 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. The Player 2: Master of Swindlers

  • Tarikh Tayangan: 4 Jun 2024
  • Penyiar: tvN Asia – Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV | tonton [Setiap Selasa & Rabu, 9.15PM] & Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Song Seung-heon, Oh Yeon-seo, Tae Won-seok, Lee Si-eon dan Jang Gyu-ri

Selepas musim pertamanya pada 2018, “The Player 2: Master of Swindlers” mengisahkan penipu veteran Kang Ha-ri (Song Seung-heon) dan pasukan penipu serta penggodam baharunya yang bersatu untuk mencuri wang haram daripada orang kaya.

Kembali musim ini ialah penggodam Lim Byung-min (Lee Si-eon) dan Do Jin-woong (Tae Won-seok), seorang pejuang berbakat. Ha-ri juga mengalu-alukan dua ahli baru meyertai pasukannya iaitu Jung Soo-min (Oh Yeon-seo) dan Jane (Jang Gyu-ri).

2. Hierarchy

  • Tarikh Tayangan: 7 Jun 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Chae-min, Roh Jeong-eui, Kim Jae-won ,Ji Hye-na, Lee Won-jung

Diasaskan oleh konglomerat Jooshin Group, Jooshin High School telah menetapkan ianya sebagai sekolah menengah paling berprestij dan eksklusif di Korea Selatan. Para pelajar perlu mendaftar melalui proses pemilihan yang bermula sejak mereka lahir. Oleh itu, pelajar Jooshin terdiri daripada anak kepada beberapa orang terkaya dan paling berkuasa di Korea Selatan.

Sementara itu, Kang-ha mencipta sejarah sebagai pelajar pertukaran pertama dan satu-satunya di Sekolah Menengah Jooshin. Dia juga merupakan satu-satunya pelajar di sekolah itu yang menerima biasiswa penuh, tetapi jelas ada rahsia yang ingin disembunyikan. Keretakan di Sekolah Menengah Jooshin mula kelihatan apabila dia berpindahmasuk ke sekolah tersebut.

3. My Sweet Mobster

  • Tarikh Tayangan: 12 Jun 2024
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Uhm Tae-goo, Han Sun-hwa dan Kwon Yul

Dalam My Sweet Mobster, Uhm Tae-goo memainkan watak Seo Ji-hwan, bekas ketua kumpulan samseng yang mengubah hidupnya dan menjadi CEO sebuah perusahaan sosial. Dia mengembara ke seluruh negara untuk membongkar kumpulan samseng dan merekrut bekas penipu, serta menawarkan kehidupan baharu kepada mereka.

Sementara itu, Han Sun-hwa memainkan watak Go Eun-ha, seorang YouTuber yang meriah dan pencipta “Minnie Unnie”, saluran yang memaparkan dirinya dan sekumpulan kanak-kanak yang diharapkan dapat menyebarkan cinta dan kebahagiaan.

Walaupun bilangan pelanggan Sun-hwa masih rendah dan kewangannya tidak menentu, dia tetap optimis dan berusaha keras untuk bermain dan membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Apabila Ji-hwan dan Eun-ha bertemu, kedua-duanya memulakan percintaan yang mengejutkan.

4. Miss Day and Night

  • Tarikh Tayangan: 15 Jun 2024
  • Penyiar: JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Jung-eun, Jung Eun-ji, Choi Jin-hyuk

“Miss Day and Night” ialah sebuah drama romantik komedi yang mengisahkan seorang wanita muda yang mengalami perubahan yang pelik dan mendadak. Lee Mi-jin (lakonan Eun-ji) merupakan seorang wanita yang rajin belajar demi peperiksaan perkhidmatan awam sambil melakukan kerja-kerja sampingan untuk menampung kehidupan.

Pada suatu malam, dia terbangun dari tidur dan mendapati bahawa dia telah bertukar menjadi Lim Soon (Lee Jung-eun), seorang wanita tua, dan kejadian ini mula berlaku pada setiap malam. Pada suatu ketika, dia bertemu pendakwa Gye Ji-woong (Choi Jin-hyuk) melalui program latihan, dan dia akhirnya terperangkap dalam keadaan yang serba pelik.

5. Scandal

  • Tarikh Tayangan: 17 Jun 2024 (Daily drama)
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Han Chae-young, Choi Woong dan Han Bo-reum

Drama misteri akan datang ini mengisahkan Moon Jeong-in (Han Chae-young), seorang wanita yang ingin memiliki dunia dan Baek Seol-ah (Han Bo-reum) seorang wanita lain yang mempertaruhkan segala-galanya untuk membalas dendam. Dilahirkan sebagai Moon Kyung-sook, dia berkahwin dengan Baek Dong-ho yang kaya dan merampas kekayaannya, sebelum menghilangkan diri dan menukar namanya. Dia kemudiannya mengasaskan sebuah syarikat dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Jeong In Entertainment. Dia yang kini dikenali sebagai Moon Jeong-in memulakan kehidupan baru yang penuh dengan kekayaan dan kuasa. Bagaimanapun, dia tidak lama kemudian dia  terjerat dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Seo Jin-ho (Choi Woong), yang sangat mirip dengan cinta pertamanya.

Seo Jin-Ho telah bertunang dengan Baek Seol-A. Dia pertama kali bertemu dengan Baek Seol-A di rumah anak yatim dan dibesarkan bersama di sana. Kerana Moon Jung-In, Seo Jin-Ho menghilangkan diri. Sementara itu, kerana Moon Jung-In, yang berkahwin dengan bapa Baek Seol-A, kehidupan Baek Seol-A menjadi gelap dan dia terpaksa dibesarkan di rumah anak yatim. Dia merubah hidupnya selepas bertemu Seo Jin-Ho, namun kehidupannya sekali lagi berubah disebabkan kerana Moon Jung-In.

6. DNA Lover

  • Tarikh Tayangan: 22 Jun 2024
  • Penyiar: TV Chosun
  • Barisan Pelakon: Choi Si-won, Jung In-sun, Lee Tae-hwan dan Jung Eugene

“DNA Lover” mengisahkan seorang penyelidik genetik Han So-jin (Jung In-sun) memutuskan untuk meninggalkan teman lelaki playboynya dan memulakan misi untuk mencari kekasih yang paling serasi secara genetik untuk mempunyai hubungan yang bahagia. Penyelidikannya memberinya dua pilihan: pakar obstetrik-ginekologi yang menawan Shim Yeon-woo (Choi Si-won) dan rakan karibnya yang merupakan anggota bomba, Seo Kang-hoon (Lee Tae-hwan).

Walau bagaimanapun, Yeon-woo mempunyai sejarah hubungan lampau apabila dia memutuskan untuk meninggalkan bekas kekasihnya yang begitu obses dengannya.  Antaranya ialah Jang Mi-eun (Jung Eugene), seorang kolumnis cinta. Semasa So-jin meneroka pilihannya, masa lalu Yeon-woo dan persahabatannya yang lama dengan Kang-hoon terbukti menjadikan perkara lebih sukar daripada yang dijangkakan.

7. The Whirlwind

  • Tarikh Tayangan: 28 Jun 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Sol Kyung Gu, Kim Hee Ae

“The Whirlwind” merupakan drama thriller politik terbaru yang mengisahkan pertikaian yang berlaku antara perdana menteri yang mahu menghapuskan kuasa rasuah dan timbalan perdana menteri hal ehwal ekonomi yang menentangnya

Park Dong-Ho (Sol Kyung Gu) ialah Perdana Menteri Korea Selatan. Dia mahu menghukum presiden korup, yang bersekongkol dengan syarikat milik keluarga konglomerat yang berkuasa dan mengubah dunia politik. Jung Soo-Jin (Kim Hee Ae) ialah timbalan perdana menteri bagi hal ehwal ekonomi yang mencapai kemuncak politik sendiri dengan kecerdasan dan keyakinan yang kuat. Dia akan berdepan dengan pertarungan politik yang sengit untuk menentang Park Dong Ho.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...