SBS hadirkan musim ke-2 ‘Flex x Cop’, Ahn Bo Hyun dan Park Ji Hyun akan kembali sebagai teraju utama

Drama SBS “Flex x Cop” sedang bersiap sedia untuk musim kedua!

Pada 18 Mac, wakil produksi drama itu mengesahkan bahawa Musim 2 kini sedang dalam persiapan. Sumber itu menjelaskan, “Penulis skrip Kim Ba Da telah mula mengerjakan skrip untuk Musim 2, dan kami secara positif membincangkan Musim 2 dengan barisan pelakon termasuk Ahn Bo Hyun dan Park Ji Hyun sambil menyusun jadual.”

“Flex x Cop” mengisahkan tentang chaebol generasi ketiga yang tidak matang, Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun) yang menjadi detektif kerana latar belakang istimewanya dan Lee Kang Hyun (Park Ji Hyun), seorang detektif  yang gila kerja serta merupakan wanita pertama yang menjadi ketua pasukan di Jabatan Jenayah. Drama ini bermula dengan purata tontonan di seluruh Korea sebanyak 5.7% dan meningkat kepada 11%.

Musim pertama “Flex x Cop” akan berakhir pada 23 Mac. Anda boleh strim drama ini di Disney+ Hotstar.

Sumber : 1

loading...