Kang Tae Oh tamat khidmat tentera dan teruja untuk kembali dengan projek hebat

Kang Tae Oh telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajibnya!

Pada 19 Mac, Kang Tae Oh telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai tentera aktif sebaik sahaja telah menyelesaikan khidmat ketenteraannya selama 18 bulan hari ini. Pelakon itu mula mendaftar masuk tentera pada September 2022 yang lalu.

Selepas menamatkan ‘Extraordinary Attorney Woo,’ saya menerima kasih sayang yang tidak terhingga daripada ramai orang dan menyertai tentera. Saya menghabiskan penghujung 20-an dan permulaan 30-an dalam tentera, dan ia adalah masa yang bermakna di mana saya memutuskan untuk mengubah tabiat buruk saya dan hanya melakukan hal-hal yang baik.

Saya akan berusaha untuk menarik perhatian dengan projek-projek hebat pada masa hadapan, jadi sila tunjukkan banyak jangkaan dan kasih sayang.

– Kang Tae Oh

Semasa perkhidmatan ketenteraan wajibnya, Kang Tae Oh dengan patuh membaca memorandum pada upacara peringatan tahun lepas di Hyeonchungil (Hari Peringatan di Korea Selatan), dan dia juga berkhidmat sebagai penolong pengajar untuk Pusat Latihan Rekrut.

Seiring dengan tamatnya khidmat tentera Kang Tae Oh, agensinya Man of Creation berkongsi bahawa pelakon itu sedang berbincang secara positif untuk membintangi drama akan datang “Potato Research Institute”. Drama yang bertemakan komedi romantik ini berlatar belakangkan sebuah institut penyelidikan kentang luar bandar. Tiada butiran lanjut mengenai plot siri ini.

Kang Tae Oh sedang dalam perbincangan untuk watak utama, watak yang mempunyai penampilan sempurna serta daya tarikan yang mengagumkan tetapi nampak terpinggir. “Potato Research Institute” akan menjadi kerjasama terbaharu antara pengarah Kang Il-soo dan penulis skrip Kim Ho-soo selepas kedua-duanya bekerja untuk “Rookie Historian Goo Hae Ryung”.

Nampaknya Kang Tae Oh tidak sabar untuk beraksi kembali dengan menampilkan versi baharu dirinya yang lebih baik. Selamat kembali Kang Tae Oh.

Sumber : 1 | 2

loading...