Akan mulakan khidmat tentera April ini, Taeyong titip surat buat peminat

Taeyong kini bersiap sedia untuk memulakan khidmat tenteranya.

Pada 18 Mac, SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berikut:

Hello. Ini adalah SM Entertainment.

Taeyong NCT akan menyertai Tentera Laut sebagai askar aktif pada 15 April.

Tidak akan ada acara rasmi yang diadakan pada hari mendaftar masuk di pusat latihan rekrut, dan kami mohon jasa baik anda kerana pendaftarannya akan diadakan secara tertutup bagi mengelakkan insiden keselamatan akibat kesesakan lalu lintas di lokasi tersebut.

Sila berikan sokongan dan tunjukkan kasih sayang yang berterusan sehingga Taeyong menamatkan perkhidmatan tenteranya dengan penuh dedikasi dan kembali dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

Selepas hangat diperkatakan mengenai ‘enlistment’ nya, Taeyong telah memuat naik surat dengan tulisan tangan buat NCTzen menerusi platform Weverse. Suratnya adalah seperti berikut:

Hello, ini Taeyong.

Permulaan tahun 2024 seperti baru semalam, tetapi musim bunga telah pun tiba dalam sekelip mata. Saya menulis surat ini adalah kerana saya akan menyertai tentera pada 15 April. Sesetengah daripada kami sedang bersiap untuk berpisah buat sementara waktu, dan saya rasa ada beberapa orang yang terkejut, jadi saya ingin memberitahu NCTzens secara langsung. Mengimbas kembali masa lalu, saya rasa saya dapat berkembang lebih matang hari ini adalah disebabkan anda dan ahli kumpulan. Terima kasih kepada anda semua. Setiap saat sangat bermakna dan menggembirakan saya. Terima kasih kerana memberi masa berharga anda.

Saya ada banyak lagi perkara yang ingin saya capai bersama ahli dan peminat, jadi saya akan bekerja keras dalam tentera dan belajar banyak perkara. Apabila saya kembali, saya akan menjadi versi diri saya yang lebih baik dan berdiri di atas pentas, saya janji ! Sijeuni, NCTzen, kita telah berkembang dengan baik bersama-sama. Jadilah lebih penyayang dan berharga. Saya rasa saya akan sangat merindui kamu semua. Saya akan kembali dengan selamat, jadi semua orang sihat dan baik-baik saja! Saya akan kembali tidak lama lagi.

Taeyong akan menjadi ahli NCT pertama yang menyertai tentera.

Semoga Taeyong akan berkhidmat dengan baik dalam perkhidmatan tenteranya!

Sumber : 1 |

loading...