Nama ‘Jung Joon Won’ jtbc The World of Married hilang di dalam laman web carian selebriti agensi

Nama Jung Joon Woon yang dipadamkan di dalam senarai selebriti jagaan DAIN Entertainment termaktub di dalam laman web rasmi agensi itu telah mencetuskan spekulasi bahawa pelakon itu telah ditamatkan kontraknya serta-merta.

Menurut sumber, kontroversi gambarnya mengulum rokok dan meneguk arak di kala masih lagi di bawah umur telah menyebabkan tindakan itu diambil. Bagaimanapun, agensi belum bersedia untuk menguburkan periuk nasi pelakon muda yang berbakat tersebut. “Kontrak belum lagi dibatalkan,” katanya seperti dipetik. Agensi sedang berunding dengan Jung Joon Woon untuk beberapa perkara yang akan membawa kepada implikasi antara kedua-dua pihak di masa hadapan.

Jung Joon Won membawakan watak Cha Hae Kang sebagai anak kepada Cha Dong Chul (Kim Tae Yang) dan Yoo In Jo di dalam drama jtbc The World of Married. Kontroversi berkenaan menyebabkan Jung Joon Woon tidak dapat menyertai barisan pelakon lain untuk lakonan di dalam dua lagi episod terakhir ditayangkan pada minggu ini.

Sumber: newsen

loading...