Ini dia barisan pelakon yang akan sertai Jung Hae in dan Jung So Min untuk drama “Mom’s Friend’s Son”

Drama tvN yang akan datang “Mom’s Friend’s Son” (terjemahan literal) telah mengumumkan barisan pelakonnya!

Selain Jung Hae In, Jung So Min dan Kim Ji Eun—yang sebelum ini telah disahkan untuk membintangi drama itu—pada 13 Mac “Mom’s Friend’s Son” mengumumkan barisan pelakonnya termasuk Yoon Ji On, Park Ji Young, Jo Han Chul, Jang Young Nam, Lee Seung Joon, Kim Geum Soon, Han Ye Joo, Jeon Suk Ho, Lee Seung Hyub N.Flying dan Shim So Young.

“Mom’s Friend’s Son” merupakan sebuah drama bertemakan komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok Ryu, yang cuba memulakan semula kehidupannya yang penuh dengan masalah, dan anak kepada kawan ibunya, Choi Seung Hyo, yang mempunyai kisah gelap dalam kehidupan Bae Seok Ryu. Drama ini akan diarahkan oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun yang pernah menghasilkan “Hometown Cha-Cha-Cha.”

Jung So Min akan memainkan watak Bae Seok Ryu, seorang wanita yang cuba memulakan semula kehidupannya yang bermasalah selepas segala-galanya menjadi kacau bilau. Jung Hae In pula akan memainkan watak Choi Seung Hyo, ketua studio seni bina In dan anak lelaki kepada rakan ibu Seok Ryu—dan seseorang yang dianggap sebagai tompok hitam dalam sejarah peribadinya.

Kim Ji Eun akan memainkan watak Seung Hyo dan kawan zaman kanak-kanak Seok Ryu yang ceria dan diluar jangkaan, Jung Mo Eum, seorang pegawai responden kecemasan yang menitik berat tentang keadilan. Yoon Ji On akan membawakan watak Kang Dan Ho, seorang wartawan yang mengutamakan utntuk berada di lokasi kejadian dan hanya mengejar fakta. Kang Dan Ho berdepan dengan perubahan yang tidak dijangka apabila dia berpindah bersebelahan dengan Jung Mo Eum.

Selain itu, Park Ji Young akan memainkan watak ibu Bae Seok Ryu yang lantang bersuara- Na Mi Sook, Jo Han Chul akan memainkan watak bapa Baek Suk Ryu Bae Geun Sik yang mengendalikan bar snek yang kecil, Jang Young Nam akan memainkan watak ibu Choi Seung Hyo yang bernama Seo Hye Sook, dan Lee Seung Joon akan memegang watak sebagai bapa Choi Seung Hyo, Choi Kyung Jong, yang merupakan seorang profesor perubatan kecemasan.

Jeon Suk Ho memegang watak Yoon Myung Woo, ketua bersama studio seni bina In, Kim Geum Soon membawakan watak ibu Jung Mo Eum, Do Jae Sook, dan Han Ye Joo memegang watak Bang In Sook yang menyimpan berbagai kemarahan dalam dirinya. Lee Seung Hyub akan berubah menjadi adik Baek Seok Ryu, Bae Dong Jin, yang bercita-cita untuk menjadi jurulatih kecergasan, dan Shim So Young akan memainkan watak pekerja di studio seni bina In, Lee Na Yoon, yang cintanya terhadap Choi Seung Hyo hanya bertepuk sebelah tangan.

Pasukan produksi berkongsi, “‘Mom’s Friend’s Son’ merakamkan kisah cinta, persahabatan dan kekeluargaan yang berlatar belakang kejiranan Hyereung yang mesra. Nantikan sinergi pelakon yang akan melengkapkan percintaan persekitaran kejiranan yang bukan sahaja hangat, mesra dan ceria tetapi juga bergelora.”

“Mom’s Friend’s Son” dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun ini. Nantikan lebih banyak kemas kini mengenai drama ini.

Sumber : 1 | 2

loading...