Kyuhyun teruja untuk hiburkan peminat di Kuala Lumpur sempena konsert solo pertamanya April ini

Vokalis Super Junior, Kyuhyun, bersedia untuk menawan hati penonton Malaysia dengan konsert solonya ‘𝐊𝐲𝐮 𝐇𝐲𝐮𝐧 𝐀𝐬𝐢𝐚 𝐓𝐨𝐮𝐫 <𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓>𝐢𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫’ pada 13 April 2024 bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur bermula jam 5 petang. Jadi, KYUpiters (kelab peminat Kyuhyun) dan ELFs (kelab peminat Super Junior) kosongkan tarikh tersebut daripada sebarang aktiviti anda. Tiket untuk konsert Kyuhyun telah pun mula dijual pada 1 Mac 2024. Dengan harga bermula pada RM268 dan mampu milik, peminat boleh mendapatkan tempat mereka untuk menikmati malam muzik dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan.

Kyuhyun, ahli kumpulan K-pop terkenal Super Junior dan penyanyi berbakat yang mahir dalam balada sentimental, telah menandatangani kontrak dengan Antenna tahun lepas dan melancarkan EP baharu dengan tema “RESTART” pada Januari tahun ini. Dengan EP baharunya, beliau ingin mempamerkan gaya muzik yang segar dan berbeza, dengan elemen muzik yang kuat dan unik untuk menunjukkan kemampuannya yang menyeluruh sebagai seorang penyanyi.

Baru-baru ini, beliau telah mengumumkan siri Jelajah Asia “RESTART”, di mana Malaysia salah satu destinasi persinggahannya ialah Malaysia, sebuah negara yang memiliki hubungan yang sangat dekat dengan dirinya! Dengan ini merupakan kali pertamanya Kyuhyun membuat persembahan solo di Malaysia, kami percaya beliau akan memberikan persembahan yang menyegarkan kepada peminat Malaysia!

Sebagai ahli Super Junior, Kyuhyun kekal sebagai salah seorang daripada 3 penyanyi utama dalam kumpulan itu. Lagu-lagu balada sentimentalnya telah mendapat perhatian ramai dan beliau juga pernah membintangi beberapa muzikal utama, yang mengukuhkannya sebagai seorang penyanyi yang hebat. Tahun lepas, Kyuhyun mengumumkan bahawa beliau telah menyertai Antenna, sebuah agensi hiburan Korea yang terkenal, dan segera mengumumkan EP baharunya “RESTART” yang sangat mengejutkan peminat. Seperti namanya, EP baharunya mewakili permulaan baharu, di mana terdapat elemen-elemen dengan major genre pop rock. Sejak penampilan sulungnya pada tahun 2006, Kyuhyun belum pernah mencuba genre seperti ini sebelumnya, yang mana ia boleh menyerlahkan bakat terpendamnya dengan segar dan berkesan. Pada hari pertama keluarannya, EP tersebut mengungguli Carta Album Teratas iTunes di 14 negara dan wilayah di seluruh dunia, yang boleh dianggap sebagai keluaran yang berjaya.

Malaysia telah diumumkan sebagai salah satu destinasi persinggahan yang akan dilawatinya, di mana negara ini begitu dekat dengan dirinya memandangkan salah satu muzik video lagu pertama Super Junior “Dancing out”  dirakamkan di sini. Sebagai penyanyi solo, ini merupakan kali pertama beliau mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan ia akan menjadi konsert yang sangat dinanti ramai. Dianjurkan oleh Antenna dan WebTVAsia, 2024 KyuHyun Asia Tour “RESTART” di Kuala Lumpur akan diadakan pada 13 April jam 5 petang di Mega Star Arena. Harga tiket telah dibahagikan kepada VIP (RM688), CAT 1 (RM528), CAT 2 (RM368), dan CAT 3 (RM268). Jualan tiket akan dilancarkan secara rasmi di my.bookmyshow.com pada jam 11.00 pagi pada 1 Mac, jadi buat KYUpiters dan ELFS jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan tiket idaman anda untuk menghadiri konsert solo pertama Kyuhyun!

Untuk butiran lanjut mengenai konsert tersebut, anda boleh melayari Facebook rasmi WebTVAsia.

loading...