12 Artis Kpop ini punyai susuk tubuh yang sedap mata memandang, menurut rakan seangkatan mereka

May be an image of 4 people and people standing

Portal Ilgan Sports (IS Plus) mengadakan kajian sempena hari raya Cina (Lunar) yang ditemubual daripada artis-artis Kpop tertentu tentang siapakah idola yang mempunyai susuk tubuh yang cantik, idola yang layak bergelar kacakwan dan jelitawan, idola yang mahu didekati, idola menawan hati yang mahu diperkenalkan, serta idola yang mahu diikuti pada tahun 2021.

Untuk kajian idola lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan sedap mata memandang, Shownu Monsta X mendahului dengan 45 undian, diikuti dengan Im Chang Kyun (I.M.) Monsta X dengan 14 undian, Kai EXO, Johnny NCT dan Wonho (bekas ahli Monsta X).

Manakala bagi kategori perempuan pula, Hyuna (bekas ahli 4 Minute) mendahuluinya disusuli oleh Seulgi Red Velvet dengan 6 undian, Soojin (G)-idle, Sunmi (bekas ahli Wonder Girls), Soyou serta Jessi.

Pemilihan 12 artis Kpop ini tidak menghairankan berikutan sebilangan daripada mereka dilihat aktif membina badan, melakukan senanam pilates atau tekan tubi seperti dipaparkan oleh mereka di laman sosial masing-masing. Walaubagaimanapun, Rain, satu-satunya artis Kpop paling veteran di dalam senarai itu dipuji kerana kegigihannya mengekalkan susuk tubuh badan sebegitu berdekad-dekad lamanya sejak ‘debut’ pada awal tahun 2000-an lagi.

Sumber: IS Plus 1, IS Plus 2, Is Plus 3

loading...