Han Hyo Joo sah bergadingan bersama Oguri Shun dalam drama rom-com Jepun terbaru

Han Hyo Joo dan Oguri Shun akan bekerjasama utnuk drama baharu mereka.

Pada 13 Mac, Ilgan Sports melaporkan bahawa menurut sumber dalaman industri, Han Hyo Joo akan membintangi siri Netflix Jepun “Romantic Anonymous” (tajuk literal) bersama Oguri Shun.

Menjawab laporan itu, sumber dari BH Entertainment berkata, “Dia telah menjadi pelakon untuk projek itu, dan [siri] telah memulakan penggambaran.”

“Romantic Anonymous” merupakan siri yang bertemakan romantik komedi berdasarkan filem Perancis arahan Jean-Pierre Améris dengan tajuk yang sama. Drama ini  yang mengisahkan seorang pembuat coklat yang sangat pemalu tetapi genius yang mendapat pekerjaan di sebuah kedai coklat yang kecil.

Siri  ini akan diarahkan oleh pengarah Shô Tsukikawa, yang sebelum ini menghasilkan “Let Me Eat Your Pancreas” dan “The 100th Love With You” yang berjaya menarik perhatian penonton.

Han Hyo Joo akan membawakan watak sebagai seorang yang fobia sosial tetapi mempunyai bakat genius dalam pembuatan coklat. Walaupun Shun Oguri  adalah pemilik kedai tempat Han Hyo Joo bekerja, dia juga merupakan seseorang yang terlalu gementar terhadap perkara kecil. Indahnya karya ini apabila dua insan itu cuba merapatkan jarak sambil mengenali persamaan mereka.

Kolaborasi Han Hyo Joo dan Shun Oguri dalam siri ini dijangka menarik perhatian ramai penonton khususnya di Korea dan Jepun kerana dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal dari setiap negara.

Han Hyo Joo, yang menunjukkan kehebatan lakonannya dan berjaya memukau penonron dalam siri Disney+ tahun ‘Moving’ dan filem Netflix ‘Doctor 2’ telah muncul dalam filem Jepun seperti ‘Clumsy, But Love’ dan ‘The Sun Doesn’t Move’.

Selain memikat penonton baru-baru ini dengan siri Disney+ “Moving,” Han Hyo Joo turut membintangi karya popular termasuk “Believer 2” serta projek Jepun lain termasuk “Miracle: Devil Claus’ Love and Magic” dan “The Sun Doesn’t Move.”

Oguri Shun merupakan pelakon terkenal Jepun yang telah menawan hati peminat dengan projek seperti “Hana Yori Dango,” “GTO,” “Azumi,” “Crows Zero,” “Gintama” dan banyak lagi. Menurut laporan itu, Jin Akanishi juga akan menyertai pelakon itu.

‘Romantic Anonymous’ yang memulakan penggambaran pada awal bulan ini, dirancang untuk ditayangkan di seluruh dunia menerusi Netflix Jepun. Stay tuned for more updates!

Sumber : 1 | 2

loading...