Hyun Bin akan kembali ke dunia drama apabila dilamar bintangi drama terbaru “Made in Korea”

Selepas drama terakhirnya “Crash Landing on You” di samping Son Ye Jin pada tahun 2020, Hyun bin dilaporkan bakal kembali bintangi drama Korea.

Pad 16 Februari agensi Hyun Bin, VAST Entertainment memberitahu media;

Kami telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama terbaru ‘Made in Korea’ dan sedang mempertimbangkannya secara positif dan belum dimuktamadkan lagi.

Syarikat produksi, Hive Media Corp, juga turut menyatakan seperti berikut:

Kami sedang berdiskusi secara positif.

“Made in Korea” mengisahkan peristiwa besar dalam sejarah Korea moden dan kontemporari. Berlatarbelakangkan era 1970-an yang penuh pergolakan, siri ini akan menggambarkan peristiwa besar dalam sejarah moden dan kontemporari Korea Selatan dengan gaya penceritaan yang menarik dan berskala besar. Drama ini akan mendapatkan sentuhan pengarah Woo Min-ho, yang pernah mengarahkan filem ‘Inside Men’, ‘Drug King’, dan ‘The Managers of Namsan’ dan terbaru ‘Harbin.’

Pada mulanya, terdapat spekulasi bahawa “Made in Korea” adalah versi spin-off filem “Drug King”, mungkin Made in Korea, tetapi ternyata tidak.

Tidak benar sama sekali bahawa ‘Made in Korea’ adalah spin-off daripada ‘Drug King'”. Kedua-duanya ini adalah karya yang sama sekali berbeza.

– Hive Media Corp

Dikhabarkan drama ini menelan belanja sebanyak 48 billion won, pihak produksi menafikan laporan tersebut.

Ianya tidak benar. Kami masih dalam proses menghasilkan skrip, jadi kami masih bercakap tentang berapa banyak episod yang akan ada.

– Hive Media Corp

Terdahulu, syarikat produksi Hive Media Corp mendedahkan bahawa Jung Woo Sung  telah mengesahkan penampilannya dalam drama itu dan akan memainkan watak Jang Geon Young, seorang pendakwaraya yang mempunyai naluri dan ketabahan seperti haiwan.

Nampaknya kini perhatian orang ramai tertumpu apakah Hyun Bin akan kembali bekerjasama dengan pengarah Woo Min-ho setelah filem “Harbin” dan apakah jenis karakter yang akan di bawakan Hyun Bin dalam drama “Made in Korea.” Rata-rata merindukan serta menantikan aksi Hyun Bin dalam projek drama terbarunya.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...