Bahang THE ROSE “DAWN TO DUSK TOUR” di Kuala Lumpur masih dirasai peminat

Kuala Lumpur – 4 tahun yang lepas pada 2019, kumpulan indie THE ROSE  pertama kalinya mengegarkan KL Live, kini kerinduan peminat Black Rose terubat dengan kembalinya The Rose  dengan konsert jelajah Asia mereka “DAWN TO DUSK TOUR” yang berlangsung di Mega Star Arena  Kuala Lumpur pada 31 Januari 2024.

Konsert ‘sold out’ yang dihadiri oleh 3,000 peminat seluruh Asia bermula tepat pada 8.30 malam dengan pembukaan intro ‘Eclipse’ membuatkan peminat semua teruja. Mata tertumpu diatas pentas dengan camera phone tersiap sedia, manakala dalam minda sudah pasti terlintas nak cari di mana Woo-sung, Do-joon, Ha-joon dan Jae-hyeong.

Bergenrekan muzik indie rock, band ini kekal dianggotai oleh 4 anak muda ini iaitu Kim Woo-sung (Sammy) Park Do-joon (Leo), Lee Ha-joon (Dylan) dan Lee Jae-hyeong (Jeff) yang sehingga kini masih tetap merendahkan diri menganggap band mereka sebagai pemuzik jalanan dimana permulaan karier mereka walaupun kini band mereka sudah dianggap setaraf pemuzik antarabangsa. Sentiasa saling mengingatkan diri, jatuh bangun mereka bermula dari awal sehingga kini.

Suasana menjadi sebak dan gembira seketika saat Woo-sung mengimbas kenangan lama di mana persembahan jalanan mereka hanya dihadiri dengan sokongan kenalan yang hanya seramai 10 orang saja. Demi sebuah kejayaan untuk lebih dikenali di dalam dan juga di luar negara, The Rose mengaku bahawa pelbagai usaha and jerih perih yang mereka tempuhi demi impian mereka. Kini kebanggaan paling bermakna buat mereka adalah The Rose mampu mengadakan konsert  jelajah diseluruh dunia dan yang paling berjaya serta manis apabila persembahan mereka di Los Angeles dihadiri oleh 15,000 peminat. Selain itu juga, album studio bertajuk ‘DUAL’ menduduki carta Billboard 200 ditangga #83 selepas sebulan album ini dipasarkan.

Woo-sung juga mendidikasikan ucapan terima kasihnya kepada semua Black Rose dengan menyatakan bahawa apa yang diimpikan mereka telah tercapai dan menjadi realiti. Apa yang mereka kecapi pada saat ini adalah kerana sokongan padu dan kecintaan tanpa hanti dari Black Rose seluruh dunia.

Woo-sung juga memberitahu mereka kini memulakan persiapan bagi penampilan pertama mereka yang akan mengegarkan pentas Coachella Valley Music & Arts Festival di California pada April depan. Untuk pengetahuan semua, Coachella adalah merupakan Festival Muzik terbesar dunia yang menampilkan barisan artist bertaraf antarabangsa dari seluruh pelosok dunia.

Sepanjang sesi beramah mesra bersama peminat, rata-rata peminat cukup maklum dan arif mengenai cara The Rose berkomunikasi terutamanya Woo-sung. Beliau sememangnya suka bergurau dengan seorang yang cakap lepas, namun sepanjang konsert di Kuala Lumpur, mereka kelihatan agak berhati-hati dengan menjaga tingkah laku dan percakapan. Bahkan, kata-kata yang diujarkan kesemuanya penuh unsur hormat.

Kita juga sedia maklum bahawa The Rose adalah bergenrakan indie rock dan kebanyakan lagu mereka dihasilkan dalam Bahasa Inggeris yang mudah dan senang diterima oleh pelbagai lapisan usia. Jadi, tidak hairanlah jika setiap lagu mereka seringkali menjadi siulan peminat.

Disebabkan bilangan penonton yang duduk adalah sedikit, ini membuatkan The Rose merasakan bahang konsert mereka tidak dinikmati dan dirasai oleh semua hadirin.  Ini menyebabkan Woo-sung meminta semua peminat berdiri apalagi bila lagu paling berhantu iaitu ”BACK TO ME” disampaikan, lantas ia mewujudkan satu getaran yang berbeza saat itu. Kedengaran suara peminat jelas berkumandang diseluruh pelosok  Mega Star Arena.

Seperti biasa setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Konsert yang berlangsung sepanjang 2 jam itu sememangnya sentiasa tidak cukup  buat peminat. Sudah pasti kesemua peminat mahukan persembahan dilanjutkan lagi.

Persembahan The Rose membuatkan adrenaline rush peminat sentiasa hype dan kekal bertenaga. Persembahan mereka secara langsung adalah sama seperti apa yang didengari dalam album. Bak kata gurauan peminat, The Rose telah cd-cd mereka sehinggakan kualiti persembahan secara rakaman dan langsung tiada beza.

The Rose telah mempersembahkan 23 lagu dari gabungan album lama dan baru yang menampilkan lagu Eclipse, Dawn, You’re Beautiful, Shift, Lifeline, Red, Nauseous, Back to Me, Yes, ILY, Time, Beauty and the Beast, Dusk, Angel, Definition of Ugly Is, Take Me Down, Alive, Sorry, Cure, She’s In The Rain, Sour, Cosmo dan Wonder yang menjadi lagu penutup.

Ketika lagu penutup disampaikan dan saat mereka mengucapkan selamat tinggal kepada peminat, The Rose menghadiahkan bunga ros merah dengan melemparkannya kepada peminat. Sudah pasti, ros merah itu menjadi idaman peminat yang mana ia adalah satu kenangan yang cukup manis buat mereka yang berjaya mendapatkannya.

Semua peminat mengharapkan The Rose tidak pernah akan melupakan Kuala Lumpur dalam perancangan siri jelajah konsert mereka akan datang dan ramai yang mengharapkan agar The Rose akan kembali dengan mengadakan konsert berskala besar di masa akan datang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Lofi Entertainment dan para penaja kerana telah merealasikan impian peminat Black Rose untuk bertemu dengan The Rose. Semoga kita akan bertemu lagi di lain masa.

loading...