Park Hae Soo dan Kim Tae Hee bintangi siri Amerika ‘Butterfly’

Nampak gaya pelakon Park Hae Soo dan Kim Tae Hee pula akan membintangi siri drama terbaru Amazon Prime.

Pada 30 Januari (waktu tempatan), saluran media Amerika Variety melaporkan bahawa Kim Tae Hee dan Park Hae Soo akan mencul dalam siri thriller perisik “Butterfly” yang dibintangi dan diterbitkan oleh Daniel Dae Kim.

Kemudian pada hari yang sama, agensi Park Hae Soo, BH Entertainment berkongsi, “Ya benar. Park Hae Soo akan membuat kemunculan istimewa dalam drama ‘Butterfly’ ini. Dia bercadang untuk menambah impak pada siri ini kerana dia membawakan dialog dalam bahasa Inggeris.'”

Agensi Kim Tae Hee, Story J juga mengesahkan, “Kim Tae Hee memutuskan untuk membintangi ‘Butterfly.'”

Berdasarkan novel grafik dengan nama yang sama, “Butterfly” mengisahkan tentang David Jung (Daniel Dae Kim), seorang bekas ejen perisikan A.S. yang misteri. Hidupnya musnah dek kerana pilihan yang dibuatnya. Kini dia terpaksa berdepan dengan Rebecca, seorang ejen perisik yang diarahkan untuk membunuhnya.

Siri ini dirancang untuk diarahkan oleh pengarah Kitao Sakurai. Bagaimanapun, kedua-dua agensi Park Hae Soo dan Kim Tae Hee menjelaskan, peranan yang dimainkan oleh mereka dalam siri ini masih belum diketahui secara terperinci

Park Hae Soo telah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Emmy ke-74 untuk persembahannya yang mengagumkan  dengan membawakan watak Sang Woo dalam siri Netflix ‘Squid Game.’

Dalam usaha untuk menjenamakan dirinya sebagai pelakon global, Park Hae Soo juga telah menandatangani kontrak dengan agensi UTA, sebuah agensi bakat terkemuka di Amerika.

Manakala Kim Tae-hee membuat penampilan pertamanya sebagai model pengiklanan pada tahun 2000 dan mendapat populariti hebat selepas muncul dalam drama seperti ‘Stairway to Heaven’, ‘Iris’, dan teebaru ‘Lies Hidden in My Garden.’

Sumber : 1 | 2

loading...