Penuh dengan misteri, “Wonderful World” lakonan Kim Nam Joo & Cha Eun Woo akan ditayangkan di Disney+ Hotstar 1 Mac ini

Sekali lagi Disney+ Hotstar membawakan sebuah lagi drama Korea terbaru yang mengangkat tema misteri dan balas dendam untuk tontonan para penggemarnya!

Apabila anak lelaki seorang profesor dibunuh tanpa sebab, sudah pasti dia akan melakukan apa sahaja waima mengambil tindakan luar biasa untuk membalas dendamnya. Kisah yang memaparkan perjuangan seorang profesor bernama Eun Soohyun lakonan Kim Nam Joo, yang inginkan keadilan atas kematian anaknya akan datang di Disney+ Hotstar pada 1 Mac ini.

Ketika kerjayanya berada dipuncak sebagai professor psikologi dan penulis yang berjaya, Eun Soohyun kehilangan anaknya disebabkan oleh orang lain sehinggakan dia mengalami kemurungan yang mendalam. Tidak berdiam diri, akhirnya dia memutuskan untuk cuba mencari keadilan dan membalas dendam atas kematian anaknya. Manakala, Cha Eun Woo akan membawakan watak Gwon Seonyul, seorang bekas pelajar perubatan yang terikat dengan Eun Soohyun kerana mengalami trauma yang sama.

“Wonderful World” dterajui oleh Kim Nam Joo (Misty, Queen of Housewives) sebagai Eun Soohyun, dan Cha Eunwoo (True Beauty, A Good Day to Be a Dog) sebagai Gwon Seonyul. Drama ini ditulis oleh Kim Jieun (Lie After Lie, Cheongdam-dong Scandal) dan diarahkan oleh Yi Seungyoung (Tracer, Voice 2).

“Wonderful World” akan menjadi sebahagian daripada barisan kandungan Korea di Disney+ Hotstar. Anda juga boleh menikmati drama lain seperti “Moving”, yang mengisahkan ejen rahsia yang melindungi keluarga mereka dengan kuasa besar, dan “The Worst of Evil,” siri thriller jenayah yang menarik.

Jangan lupa untuk strim “Wonderful World” di Disney+ Hotstar 1 Mac ini! Sebelum itu, jom saksikan trailer drama ini di bawah:

loading...