4 lagi drama Korea terbaru akan bersiaran pada Februari 2024 ini

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Februari 2024 ini, ada 4 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang. So, let’s check it out the list.

1. Branding in Seongsu Dong

  • Tarikh Tayangan: 5 Februari 2024
  • Penyiar: U+ Mobile TV
  • Barisan Pelakon: Park Lomon, Kim Ji-eun, Yang Hye-ji, Kim Ho-young

“Branding in Seongsu Dong” merupakan drama komedi pejabat yang mengikuti kekecohan yang berlaku selepas seorang pelatih dan bosnya berkongsi ciuman yang tidak dijangka dan akhirnya mereka bertukar badan. Lomon memainkan watak So Eun-ho, pelatih senior di firma pemasaran. Disifatkan sebagai peminat “YOLO”, pendekatan santainya terhadap kehidupan dan kerja menyebabkan dia bertembung dengan bosnya yang gila kerja, Kang Na-eon (lakonan Kim Ji-eun) pada setiap masa.

Ketua pasukan pemasaran termuda, Na-on menghabiskan seluruh kehidupan dengan menumpukan pada kejayaan di tempat kerja, sehinggakan mengorbankan persahabatan dan percintaan. Walau bagaimanapun, pertemuan yang tidak dijangka dengan salah seorang pelatihnya mengancam untuk mengubah hidupnya.

2. A Killer Paradox

 

  • Tarikh Tayangan: 9 Februari 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Choi Woo-shik, Son Suk-ku, Lee Hee-joon

Drama aksi thriller “A Killer Paradox” ini adalah diadaptasi dari sebuah webtoon yang telah memenangi anugerah pada tahun 2010 dengan nama yang sama. Choi Woo-shik membawakan watak Lee Tang, seorang pelajar kolej yang secara tidak sengaja membunuh seorang pembunuh bersiri. Terlambat mengetahui bahawa mangsanya adalah seorang penjenayah, Lee Tang tidak lama kemudian menyedari – atau meyakinkan dirinya sendiri – bahawa dia memiliki keupayaan semula jadi untuk merasakan (kejahatatan) dan menghapuskan penjahat.

Sementara itu, Son Suk-ku memainkan watak detektif Jang Gang-nam, yang mengetuai siasatan ke atas mangsa pertama Lee Tang. Apabila jenayah Lee Tang sendiri semakin meningkat, detektif itu semakin gigih mengejar pelajar yang menjadi pembunuh itu.

3. Wedding Impossible

 

  • Tarikh Tayangan: 26 Februari 2024
  • Penyiar: Prime Video MY
  • Barisan Pelakon: Moon Sang-min, Jun Jong-seo, Kim Do-han and Bae Yoon-kyung

Diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, “Wedding Impossible” mengikuti pewaris chaebol Lee Ji Han (Moon Sang-min), yang menjalani perkahwinan palsu dengan pelakon yang tidak dikenali, Na A Jeong (Jeon Jong-seo) yang memberikan kebaikan kedua-dua pihak. Walaupun dia menerima, adik Ji Han, Lee Do Han (Kim Do-wan) tidak bersetuju dan cuba untuk menamatkan hubungan mereka, sehingga mengakibatkan pertembungan antara Lee Ji Han dan bakal pengantin perempuan, Na A Jeong.

4. Royal Loader / The Impossible Heir

 

  • Tarikh Tayangan:  28 Februari 2024
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Jae-wook, Lee Jun-young and Hong Su-zu

Han Tae-oh (Lee Jae-wook) dan Kang In-ha (Lee Jun-young) memainkan duo kawan baik yang tidak akan berhenti untuk mengambil alih salah satu konglomerat paling berkuasa di negara ini. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin, Kang In-ha adalah seorang pemuda menawan yang berazam untuk berjaya. Dia kemudiannya mendapati bahawa dia adalah anak luar nikah kepada pengerusi Kumpulan Kang Oh, tetapi disisihkan oleh keluarganya.

Berazam untuk menuntut tempatnya dalam konglomerat itu, dia bekerjasama dengan rakan zaman kanak-kanaknya, Han Tae-oh yang berhati dingin dan merancang untuk mengambil alih syarikat tersebut dan merampas kedudukan mereka. Menyedari mereka beroleh kejayaan dari awal, pasangan itu terus memulakan pendakian mereka sehingga seorang wanita, Na Hye-won (Hong Su-zu) yang hauskan kuasa muncul dan mengancam untuk menggagalkan rancangan mereka.

New K-Dramas On Netflix And Viki For February 2021

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...