Lee Je Hoon, Han Suk Kyu, Kim Tae Ri & Kim Rae Won antara calon penerima Daesang di SBS Drama Awards 2023

Anugerah Drama SBS 2023 (SBS Drama Awards 2023) telah mengumumkan senarai calon untuk penerima Daesang (Hadiah Utama)!

Pada 27 Disember, SBS mengumumkan empat calon Daesang untuk majlis anugerah tahunannya yang akan datang.

Berada dalam senarai pertama calon penerima Daesang Lee Je Hoon, yang mana wataknya sebagai Kim Do Ki diiktiraf serta mendapat pujian ramai dalam ‘Taxi Driveri 2.’ Drama itu bukan sahaja menarik hati tetapi juga memperoleh rating penonton yang luar biasa, apabila melepasi paras 20% tontonan disamping merekodkan rating tontonan tertinggi untuk minisiri pada tahun 2023.

Mengisi senarai adalah peneraju ‘Dr. Romantik 3’ Han Suk Kyu. Peminat begitu teruja melihat dia kembali untuk musim ketiga yang mana ianya ditunggu-tunggu dalam drama perubatan yang digemari ramai.

Menambahkan keterujaan dalam senarai ialah Kim Tae Ri, yang mana persembahannya yang menawan dalam ‘Revenant’ pada musim panas lalu membuatkan penonton terharu.

Akhir sekali, turut disenaraikan sebagai calon Daesang pada tahun ini ialah Kim Rae Won, yang menerima pujian istimewa kerana keupayaannya menghasilkan adegan aksi yang realistik dalam “The First Responders.”

Anugerah Drama SBS 2023 akan disiarkan pada 29 Disember jam 8:40 malam KST dan juga akan tersedia untuk ditonton dengan sari kata di ONE TV Asia Astro Ch393 serta Astro Go.

Korang juga boleh tonton “The First Responders”, “Revenant” dan “Dr Romantic 3” di Disney+ Hotstar. Manakala “Taxi Driver 2” tersedia untuk tontonan di Viu Malaysia.

loading...