Lee Je Hoon & Kim Tae Ri berkongsi anugerah Daesang di SBS Drama Awards 2023 dan ini senarai penuh pemenang

Pada 29 Disember 2023, SBS Drama Award telah melabuhkan tirainya dan kali ini majlis ini dihoskan oleh Shin Dong Yup dan Kim Yoo Jung. SBS Drama Awards adalah satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh Seoul Broadcasting System untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya sepanjang tahun 2023. Pada tahun ini hampir kesemua selebriti yang hadir ke majlis anugerah mengenakan persalinan hitam sebagai tanda hormat dan memperingati pemergian pelakon Lee Sun Kyun pada 27 Disember lalu. Selain itu, drama lakonan mendiang disamping Moon Chae Won “Payback” telah disiarkan dirangkaian tersebut bermula pada awal Januari lalu.

Untuk kali ini, pertama dalam sejarah anugerah Daesang diberikan kepada dua penerima. Siapa sangka, Lee Je Hoon yang membawakan watak Kim Do Gi dalam drama “Taxi Driver 2” dan Kim Tae Ri yang memegang watak Gu San Yeong dalam “Revenant” dipilih sebagai penerima Daesang selepas menewaskan Kim Rae Won (‘The First Responders) dan Han Suk Kyu (‘Dr. Romantic 3’). Agak sengit sebenarnya kerana kesemua calon Daesang adalah dari kalangan mereka yang hebat-hebat belaka. Namun persembahan memukau lakonan Lee Je Hoon dan Kim Tae Ri mungkin memberi sedikit kelebihan buat mereka.

Daesang kali ini disampaikan oleh Kim Nam Gil yang merupakan penerima anugerah tersebut pada tahun lalu. Kim Nam Gil turut berkata,”Ramai pelakon telah memberikan persembahan yang hebat. Saya harap ramai lagi pelakon akan mencapai tahap keselesaan mereka tahun hadapan.”

Dalam ucapan penerimaannya, Kim Tae Ri berkongsi perasaan gembiranya dengan semua hadirin dan penonton.

Saya ingin berterima kasih kepada pengarah, penulis, dan rakan sekerja yang menjawab banyak soalan saya sepanjang penggambaran. Ia bukan satu kerja yang mudah, dan prosesnya lebih penting daripada hasilnya, tetapi saya berterima kasih kepada penonton yang menjadikannya hasil yang baik.

Saya ingin berkongsi anugerah hebat ini dengan semua rakan sekerja saya. Saya masih lagi belajar, tetapi saya ingin menjadi pelakon yang dapat berkongsi semua yang saya pelajari suatu hari nanti. Saya akan bekerja keras sehingga saat itu. Saya harap anda berdepan dengan tahun baru yang bahagia dan tetap sihat dan ceria .

Lee Je Hoon juga berkongsi perasaannya dan menzahirkan rasa sebak ekoran pemergian Lee Sun Kyun yang merupakan salah seorang pendorongnya untuk menjadi seorang pelakon.

Saya bersyukur dan rasa dihormati dapat menjayakan ‘Taxi Driver 2’, tetapi saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan selepas menerima anugerah besar seperti ini. Saya fikir saya benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk lakonan dengan harapan ia akan menjadi keselesaan dan kekuatan kepada mereka yang benar-benar mengalami kejadian itu. Walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan, saya bersyukur kerana mempunyai pengarah, penulis, pelakon, dan kakitangan produksi yang hebat. Saya dapat memperbaiki kekurangan saya semasa menjayakan watak ini. Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan dapat berada di sini.

Kepada para peminat yang sangat menyayangi dan mengambilberat tentang saya, terima kasih kerana tinggal bersama saya sehingga ke hari ini. Saya akan lebih bekerja keras untuk anda pada masa akan datang.

Hari ini adalah hari yang sangat menyakitkan. Secara peribadi, saya tidak mempunyai hubungan kerja dan momen yang kami habiskan bersama hanyalah seketika (bersama Lee Sun Kyun), tetapi saya mengimpikan untuk menjadi pelakon dengan menonton lakonannya dan berfikir bahawa saya mahu mengikut jejaknya sebagai ‘role model’. Saya mahu memberikan anugerah ini kepadanya. Dia telah bekerja keras selama ini, dan saya harap dia selesa dan bahagia di syurga.

Atas : Kim Tae Ri, Tengah: Lee Je Hoo, Foto akhir : Lee Sun Kyun -LSK yang muncul dalam drama ‘Payback’ telah meninggalkan kami. Semoga dia berehat dengan tenang.

Drama “Taxi Driver 2” telah dipilih untuk memenangi kategori Drama SBS Terbaik 2023 Pilihan Netizen. Ahn Hyo Seop, Lee Sung Kyung, Song Kang, Kim Yoo Jung, Park Sung Woong dan Moon Chae Won memenangi Top Excellence Award untuk setiap genre drama masing-masing. Manakala kategori Best Couple kali ini dimenangi oleh pasangan Song Kang dan Kim Yoo Jung yang membintangi drama percintaan fantasi “My Demon”. Song Kang dan Moon Chae Won bagaimanapun tidak dapat hadir kerana konflik jadual yang padat.

Momen yang agak menyentuh hati apabila Park Sung Woong naik ke atas pentas bagi menerima anugerah Top Excellence (Specialized Genre or Action Miniseries) menerusi lakonannya dalam drama “The Killing Vote”. Dengan wajah yang suram, dia berkata,

Saya mahu menulis nota ucapan daripada membuat ucapan penerimaan. Saya berharap anda berehat di dunia yang aman di mana tiada lagi kesakitan atau kebimbangan. Hari ini adalah hari kami menghantar anda ke syurga, dan saya menerima anugerah ini. Saya dedikasikan anugerah ini kepada awak di syurga. Selamat tinggal adik. (ditujukan khas untuk Lee Sun Kyun)

Untuk anugerah yang lain, jom semak senarai penuh pemenang:

Daesang (Grand Prize): Lee Je Hoon (“Taxi Driver 2”), Kim Tae Ri (“Revenant”)

Top Excellence Award (Multi-Season Series): Ahn Hyo Seop (“Dr. Romantic 3”), Lee Sung Kyung (“Dr. Romantic 3”)

Top Excellence Award (Romance or Rom-Com Miniseries): Song Kang (“My Demon”), Kim Yoo Jung (“My Demon”)

Top Excellence Award (Specialized Genre or Action Miniseries): Park Sung Woong (“The Killing Vote”), Moon Chae Won (“Payback”)

Netizen’s Best 2023 SBS Drama: “Taxi Driver 2”

Excellence Award (Multi-Season Series): Shin Jae Ha (“Taxi Driver 2”), Pyo Ye Jin (“Taxi Driver 2”)

Excellence Award (Romance or Rom-Com Miniseries): Ryeoun (“The Secret Romantic Guesthouse”), Shin Ye Eun (“The Secret Romantic Guesthouse”)

Excellence Award (Specialized Genre or Action Miniseries): Lee Joon (“The Escape of the Seven”), Hong Kyung (“Payback”), Lee Yoo Bi (“The Escape of the Seven”)

Best Couple: Kim Yoo Jung and Song Kang (“My Demon”)

Best Performance Award: Jin Sun Kyu (“Revenant”)

Best Teamwork Award: “Dr. Romantic 3”

Best Supporting Actor (Multi-Season Series): Bae Yoo Ram (“Taxi Driver 2”), Jang Hyuk Jin (“Taxi Driver 2”), Son Ji Yoon (“The First Responders 2”)

Best Supporting Actor (Romance or Rom-Com Miniseries): Jung Soon Won (“My Demon,” “Trolley”), Seo Jung Yeon (“My Demon,” “Trolley”)

Best Supporting Actor (Specialized Genre or Action Miniseries): Kim Won Hae (“Revenant”)

Scene Stealer Award: Go Sang Ho (“Taxi Driver 2,” “Dr. Romantic 3”), Byun Joong Hee (“Taxi Driver 2,” “Dr. Romantic 3”)

Best Child Actor: Choi Hyun Jin (“The Killing Vote”), Han Ji An (“Dr. Romantic 3”), Park So Yi (“Revenant”), Ahn Chae Heum (“Taxi Driver 2”)

Best New Actor: Kang You Seok (“Payback”), Kwon Ah Reum (“The Killing Vote”), Kim Do Hoon (“The Escape of the Seven”), Yang Hye Ji (“Revenant”), Lee Shin Young (“Dr. Romantic 3”), Lee Hong Nae (“Dr. Romantic 3”), Jung Soo Bin (“Trolley”)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...