Spotify Wrapped 2023 kini boleh diakses sejak malam semalam dan seperti biasa Spotify seluruh negara berkongsi senarai artis dan lagu paling popular sepanjang 2023.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, single debut solo rasmi BTS Jungkook “Seven” (menampilkan Latto) adalah lagu keempat paling banyak distrim di Spotify merentas semua genre pada tahun 2023. Lagu ini juga turut tersenarai di kedudukan no.5 dalam lagu paling banyak distrim di Malaysia. Manakala BTS dan BLACKPINK juga tersenarai dalam artis yang paling banyak distrim pengguna tempatan (Malaysia).
Untuk lagu K-Pop paling banyak distrim di Sporify Korea menyaksikan NewJeans memonopoli carta apabila 4 lagu daripada kumpulan itu tersenarai dalam Top 10 Most-Streamed K-Pop Songs of 2023 (Korea). Tidak hairan jika lagu NewJeans menjadi lagu terbaik di MAMA 2023 menerusi ‘Ditto’.
Spotify juga telah mengeluarkan senarai akhir tahun artis dan lagu K-pop yang paling banyak distrim secara global di platform itu pada tahun 2023. Jom semak Spotify Wrapped 2023.
Lagu paling banyak distrim peringkat global pada tahun 2023
Top 10 Most-Streamed K-Pop Songs of 2023 (Korea)
Top 10 Most-Streamed K-Pop Artists of 2023 (Korea)
Top 5 Malaysia Top Songs 2023 (Lagu paling banyak distrim di Malaysia)
Top 5 Malaysia Top Artist 2023 (Artis paling banyak distrim di Malaysia)