IZONE berjaya tumbangkan NCT, Kai EXO & BTS, raih album terlaris minggu ini

Image may contain: 17 people, people dancing

IZONE berjaya merekodkan jualan album terlaris pada minggu ini, sekaligus meletakkan mereka di posisi no.1 di dalam carta album Gaon beberapa bulan sebelum ura-ura untuk pembubaran mereka.

Dengan ‘One-reeler/Act IV’ , IZONE telah memperolehi jualan sebanyak 355,267 unit di dalam seminggu menurut Hanteo, sudah cukup menidakkan penguasaan kembali NCT (NCT RESONANCE Pt. 2, Kai EXO (Kai), BTS (Album EP Dynamite) masing-masing berada di posisi nombor 2,3 dan 4 di dalam carta album Gaon minggu ini.

Bagaimanapun, IZONE gagal memecahkan rekod jualan album dalam seminggu berbanding dua buah album terdahulu yang telah dikeluarkan pada tahun 2020 ini juga iaitu, Bloom*Iz dan Oneiric Diary, masing-masing mendapat perolehan sebanyak 356,313 unit dan 389,334 unit.

‘One-reeler/Act IV’ melahirkan lagu ‘Panorama’ sebagai single utama dan mengandungi enam buah lagu. ‘Panorama’ diperkenalkan dan dipersembahkan pertama kali di 2020 Mama Awards yang berlangsung dua minggu lalu.

Sumber: gaon, hanteo

loading...