NewJeans, ‘Ditto’, IVE & NCT Dream pemilik Daesang di Melon Music Awards 2023. Ini seranai penuh pemenang

Melon Music Awards atau MMA 2023 dianjurkan oleh Kakao M melalui kedai muzik dalam taliannya Melon dan ia merupakan acara tahunan kali ke-15 dalam sejarah penganjurannya. Melon Music Awards terkenal kerana penekanannya pada jualan digital dan undian awam untuk menentukan pemenangnya. Anugerah ini juga diadakan bagi mengiktiraf artis-artis K-POP yang telah telah meriliskan album sepanjang 4 November 2022 sehingga 1 November 2023.

Anugerah Millions Top 10 baharu Melon, yang akan diberikan kepada 10 album yang melepasi 1 juta pensrtiman di Melon dalam tempoh 24 jam pertama keluaran mereka. Anugerah ini akan berdasarkan 80% pada kiraan muat turun dan penstriman Melon mereka dan 20% berdasarkan undian. Anugerah utama termasuk termasuk  Artist of the Year, Album of the Year, dan Best Song of the Year dipilih oleh 20% undian dalam talian, 60% jualan digital, dan 20% markah juri,

Best Music Style, ditentukan berdasarkan 20% pada muat turun dan penstriman Melon, 60% pada penilaian juri, dan 20% undian; dan KakaoBank Favorite Star Award, yang akan ditentukan berdasarkan 20% pada penilaian juri dan 80% pada undian. Anugerah lain seperti Record of the Year dan Music Video of the Year, akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan penilaian juri.

Tahun ini menyaksikan NewJeans membawa pulang sejumlah lima trofi di MMA 2023 termasuk Top 10 (Bonsang), Millions Top 10, Best Female Group dan dua Daesang (Grand Prize) trofi untuk Artist of the Year dan “Ditto” sebagai Best Song of the Year. Dengan pencapaian ini, NewJeans kini telah memecahkan rekod sebagai kumpulan gadis K-pop pertama memenangi beberapa trofi Daesang di Anugerah Muzik Melon sejak Girls Generation pada 2009.

Dalam ucapan penerimaan mereka selepas memenangi anugerah Song of the Year untuk “Ditto”,

Saya sangat bersyukur kerana kami dapat menyampaikan perasaan yang ingin kami sampaikan melalui ‘Ditto’ kepada ramai orang. Musim sejuk akan datang tidak lama lagi. Jadi saya harap meraka yang sedang berjuang dan bimbang akan sentiasa mendengar ‘Ditto’ dan mempunyai hari yang lebih ceria.

– Hyein NewJeans

Manakala ucapan mereka ketika memenangi anugerah Artist of the Year seperti berikut:

Bunnies (kelab peminat NewJeans), terima kasih banyak-banyak. Kami amat berbesar hati dan bersyukur kerana menerima begitu banyak anugerah hebat dalam satu majlis yang sama ini. Kami tidak tahu nak cakap apa, tetapi kami rasa kami perlu membalas budi anda dengan berkembang dengan lebih maju dan menunjukkan kepada anda sisi yang lebih baik dari kami pada masa hadapan

– NewJeans

Baki dua lagi Daesang MMA 2023 menjadi milik IVE dan NCT Dream.

IVE memenangi Album of the Year untuk album penuh pertama mereka, “I’ve Ive.”

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Dive kerana membenarkan kami menerima Daesang selama dua tahun berturut-turut. Kami akan terus kembali dengan album dan lagu yang bagus supaya IVE boleh menjadi penyanyi yang layak untuk anugerah seumpama ini, jadi sila nantikan aktiviti IVE akan datang. Lots of love. Kami harap anda menyukainya.

– IVE

manakala NCT Dream membawa pulang Record of the Year, anugerah yang diberikan kepada artis dan penerbitnya yang telah mencapai pencapaian muzik yang paling ketara sepanjang tahun.

Saya gembira melihat peminat gembira dengan album kami, dan NCT Dream telah memberikan yang terbaik dan bekerja keras bersama-sama. Walaupun hanya seorang, saya harap kami boleh tersenyum kerana album kami.

– Renjun NCT Dream

Kami hanya dapat mengeluarkan satu album pada tahun ini. Semua ahli telah bekerja keras dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan yang bekerja dengan pasukan Neo Production tahun ini. Kuasa artis dan peminat memang hebat, tetapi kuasa mereka yang bekerja keras di belakang tabir juga hebat. Kami akan kembali dengan album baru tahun depan dan kami akan sentiasa menghasilkan muzik yang terbaik dan berkualiti. Sila nantikannya.

– Mark NCT Dream

NCT Dream juga menerima anugerah Kumpulan Terbaik (Lelaki) dan salah satu anugerah Bonsang Top 10 Artis dan Millions Top 10 Albums.

Jom semak senarai penuh pemenang MMA 2023

Daesang:

Best Artist of the Year (Daesang) | NewJeans

Best Album of the Year (Daesang) | LIVE – I’VE IVE 

Best Song of the Year (Daesang) IVNewJeans – “Ditto

Best Record of the Year (Daesang) | NCT DREAM

New Artist of the Year: RIIZE, ZEROBASEONE

Best Solo (Male): Jungkook

Best Solo (Female): Lee Youngji

Music Video of the Year: STAYC – Bubble

Stage of the Year: SHINee

Best Group (Male): NCT DREAM

Best Group (Female): NewJeans

Hot Trend Award: Jungkook

Best Performance (Male): SEVENTEEN

Best Performance (Female): aespa

Favorite Star Award: BTS

Songwriter Award: Ryan Jhun

Best Music Style: Silica Gel

Best OST: Lim Jae Hyun – It Was Spring OST

Best Pop Artist: Charlie Puth

Global Rising Artist: BOYNEXTDOOR

Global Artist: aespa

Favorite J-Pop Artist: imase

1theK Global Icon: KISS OF LIFE

BONSANG

Top 10 Artists:
SEVENTEEN
NewJeans
aespa
(G)I-DLE
BTS
Lim Young Woong
Jungkook (BTS)
LE SSERAFIM
IVE
NCT Dream

Millions Top 10 Artists:

SEVENTEEN – FML
Lim Young Woong – Do or Die
I’VE – IVE
NCT DREAM – ISTJ
NewJeans – Get Up
aespa – My World
(G)I-DLE – I feel
BSS – Second Wind
LE SSERAFIM – Unforgiven
Jungkook – Seven (ft. Latto)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4

loading...