Ini dia keputusan penuh kemenangan di Anugerah MAMA 2023. NewJeans & SEVENTEEN bawa pulang Daesang kali ini!

Anugerah MAMA 2023 telah berlangsung selama dua hari bermula di Tokyo Dome Jepun pada 28 November!

Buat pertama kalinya, Anugerah MAMA diadakan di Tokyo Dome tahun ini. Seperti tahun lepas, majlis tahun ini akan diadakan selama dua malam, dengan lebih banyak anugerah dan persembahan di adakan pada 29 November (Hari ke -2).

Untuk malam ke-2 Anugerah MAMA 2023, Park Bo Gum telah ditugaskan sebagai MC. Kebiasaannya, anugerah Daesang akan disampaikan pada hari kedua dan hanya satu anugerah Daesang disampaikan pada malam yang pertama.

Kali ini menyaksikan NewJeans membolot dua anugerah Daesang menerusi ‘Artist of the Year’ dan ‘Song of the Year’ dengan lagu ‘Ditto’. Bagaimanapun, NewJean tidak dapat menghadiri majlis anugerah ini.

SEVENTEEN pula memenangi Daesang untuk ‘Album of the Year’ menerusi album best selling mereka ‘FML’. Kumpulan itu juga turut memenangi ‘Best Male Group’ dan ‘Worldwide Fans’ Choice (Bonsang)’. Rata-rata ahli kumpulan SEVENTEEN sedikit emosi ketika menyampaikan ucapan untuk kemenangan Daesang mereka. Berikut antara ucapan dari mereka.

Setiap kali kami menerima anugerah, ia benar-benar terasa sukar dipercayai. Saya sangat gembira. Ketika SEVENTEEN menghadapi cabaran, kata-kata semangat dari CARAT semua menjadi sumber kekuatan kami.

– Jeonghan

Dengan nama SEVENTEEN, saya tertanya-tanya sama ada kami boleh menerima anugerah ini dan terima kasih kepada CARATs, kami memperbaharui kontrak kami. Memandangkan Carats memberi kami anugerah ini, kami mengambil penghormatan seumur hidup kami, terima kasih Carats

– S Coups

Rasanya kami mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke tahap ini. Kami telah banyak dikritik sejak dari awal dan mereka mengatakan kami tidak akan berjaya kerana kami mempunyai terlalu ramai ahli. Kami telah membuat muzik lebih daripada 10 tahun dan CARAT membalas usaha kami dengan detik ini. Saya berjanji kepada anda, kami akan bekerja keras untuk menghasilkan muzik yang bagus, malah muzik yang lebih baik, kepada anda semua sebagai hadiah, terima kasih.

– Woozi

Jom ihat senarai penuh pemenang Hari 2 seperti di bawah!

Artist of the Year: NewJeans
Song of the Year: NewJeans (“Ditto”)
Album of the Year: SEVENTEEN (“FML”)

Best Male Group: SEVENTEEN
Best Female Group: NewJeans

Best Male Artist:  Jimin BTS
Best Female Artist: Jisoo BLACKPINK

Best Dance Performance (Male Group): SEVENTEEN
Best Dance Performance (Female Group): NewJeans
Best Dance Performance (Solo): Jisoo BLACKPINK

Favorite Global Performance (Male Group): ATEEZ
Favorite Global Performance (Female Group): (G)I-DLE

Favorite Dance Performance (Male Group): TREASURE
Favorite Dance Performance (Female Group): LE SSERAFIM

Best New Artist (Male): ZEROBASEONE
Best New Artist (Female): tripleS

Best Music Video: Jisoo BLACKPINK (“Flower”)

Best Collaboration:  Jungkook BTS (“Seven” featuring Latto)

Best OST: BTS (“THE PLANET”)

Best Vocal Performance (Group): AKMU
Best Vocal Performance (Solo): Parc Jae Jung

Best Rap & Hip Hop Performance: Agust D [BTS’ Suga] (“People Pt.2” featuring IU)

Hari Pertama Anugerah MAMA 2023 (28 November 2023)

Jom ihat senarai penuh pemenang Hari Pertama seperti di bawah!

Samsung Galaxy Worldwide Icon of the Year: BTS

Worldwide Fans’ Choice (Bonsang): ATEEZ, BTS, ENHYPEN, Lim Young Woong, NCT DREAM, SEVENTEEN, Stray Kids, TWICE, TXT, ZEROBASEONE

Favorite New Artist: RIIZE, ZEROBASEONE

Inspiring Achievement: TVXQ

Galaxy Neo Flip Artist: TREASURE

Favorite Asian Girl Group: Kep1er
Favorite Asian Boy Group: INI

Favorite International Artist: Yoshiki

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1

loading...