Kisan cinta fantasi terbaru TVING akan menyatukan Gong Myung dan Kim Min Ha

Gong Myung dan Kim Min Ha akan membintangi drama percintaan fantasi terbaru TVING!

Pada 8 November, TVING mengumumkan Gong Myung dan Kim Min Ha sebagai pelakon utama untuk drama akan datang mereka, “A Week Before I Die” (tajuk literal).

Diadaptasi dari novel karya Seo Eun Chae, “A Week Before I Die” adalah sebuah drama percintaan fantasi yang mengisahkan seorang wanita muda berusia 24 tahun bernama Hee Wan. Kehidupan Hee Wan sangat terasing, serta tidak bersosial dan tidak begitu bersemangat untuk hidup. Kemudian, secara tiba-tiba, rakan zaman kanak-kanak dan cinta pertamanya, Ram Woo, muncul sebagai malaikat maut (grim reaper).

Hee Wan dan Ram Woo bertemu semula hanya seminggu sebelum Hee Wan sepatutnya meninggal dunia. Pada masa ini, mereka membongkar rahsia dari zaman sekolah menengah mereka dan mula meneroka erti kehidupan dan cinta.

Gong Myung memegang watak Kim Ram Woo, seorang malaikat maut yang muncul di hadapan Hee Wan enam tahun selepas kematiannya. Ram Woo menggegarkan kehidupan harian Hee Wan yang lesu dengan melengkapkan senarai daftar keinginan yang luar biasa bersama-sama pada minggu terakhir Hee Wan sebelum kematiannya. Ini antara projek drama terbaru Gong Myung selepas menamatkan khidmat tentera wajibnya pada Jun lepas.

Kim Min Ha memegang watak Jung Hee Wan, yang mensia-siakan masa mudanya sehingga dia mengetahui hari dia akan mati. Menerusi wataknya, Kim Min Ha akan menunjukkan kemahiran lakonannya dengan menggambarkan peralihan Hee Wan daripada seorang gadis sekolah menengah yang suka bermain-main kepada seorang wanita berusia 24 tahun yang telah mengasingkan dirinya daripada masyarakat.

“A Week Before I Die” ditetapkan untuk ditayangkan pada tahun 2025. Nantikan lebih banyak kemas kini!

Sumber : 1

loading...