Kim Hee Sun, Lee Hye Young, & Kim Nam Hee akan bergandingan dalam drama terbaru MBC

Kim Hee Sun, Lee Hye Young, dan Kim Nam Hee akan bekerjasama untuk drama terbaru.

Pada 8 November, drama baharu MBC bagi slot tayangan Jumaat-Sabtu “Our Home” (tajuk literal) mengumumkan bahawa Kim Hee Sun dan Lee Hye Young akan membintangi drama itu sebagai teraju utama. Masing -masing akan membawakan watak Noh Young Won dan Hong Sa Gang.

“Our Home” ialah komedi hitam yang mengisahkan watak utama Noh Young Won, yang diiktiraf sebagai ahli psikologi keluarga terbaik di Korea. Kerjaya dan keluarga Noh Young Won terancam selepas menerima ugutan daripada individu yang tidak dikenali. Untuk melindungi keluarganya, Noh Young won akan bekerjasama dengan ibu mertuanya, seorang penulis novel misteri Hong Sa Gang.

Penulis skrip Nam Ji Yeon dari yang pernah menghasilkan skrip  “So I Married the Anti-Fan” akan menulis lakon layar, dan pengarah Lee Dong Hyun yang menerajui “Doctor Lawyer” dan “She Knows Everything” akan bertanggungjawab ke atas produksi drama.

Kim Hee Sun memegang watak Noh Young Won, kaunselor keluarga terbaik Korea yang disayangi oleh orang ramai. Noh Young Won digambarkan sebuah watak yang menjalani kehidupan yang sempurna dan dalam masa yang sama bergelut antara kerja dan keluarga. Namun, apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, semuanya menjadi huru-hara. Untuk melindungi keluarganya, dia bekerja dengan ibu mertuanya, Hong Sa Gang. Noh Young Won seorang yang bijak dan berkebolehan, tetapi dalam diam dia mempunyai rahsia.

Lee Hye Young  pula memegang watak Hong Sa Gang, seorang novelis misteri terkenal dan ibu yang setia kepada anak tunggalnya Jae Jin. Ketika Hong Sa Gang terjerat dengan insiden yang di luar kawalannya, dia mula bekerjasama dengan menantu perempuannya Young Won, yang bukan pilihan hatinya dengan mempertaruhkan seluruh hidupnya.

Dalam pada itu, agensi Kim Nam Hee; New Way Company mendedahkan bahawa pelakon tersebut akan membintangi drama itu sebagai suami Noh Young Won dan anak lelaki tunggal Hong Sa Gang, iaitu Jae Jin, sekaligus meningkatkan jangkaan ramai untuk drama itu.

Pasukan produksi berkata, “Our Home’ bukanlah kisah tipikal sebuah keluarga dengan konflik yang jelas antara bapa dan anak lelaki atau sebaliknya, tetapi sebuah drama yang menggambarkan saat segala yang diambil mudah atas nama ‘keluarga’ digoncangkan dan kejutan menghadapi wajah sebenar ahli keluarga yang hanya anda tidak tahu.

“Our Home” sedang bersiap sedia untuk pengeluarannya pada 2024. Nantikan lebih banyak kemas kini!

Sumber : 1 | 2

loading...