Jodoh tak panjang, Jisoo BLACKPINK & Ahn Bo Hyun sah putus cinta

Biarpun masih membara lagi berita percintaan mereka, tup-tup Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun dikatakan telah menamatkan hubungan cinta mereka.

Pada 24 Oktober, wakil industri melaporkan, “Hubungan Jisoo dan Ahn Bo Hyun nampaknya semakin memudar serta menjauh berikutan jadual mereka yang padat dan diberitakan mereka telah berpisah secara baik baru-baru ini.”

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi BLACKPINK YG Entertainment mengesahkan, “Memang benar bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus.”

Masakan mereka punyai masa menghabiskan masa bersama-sama jika kedua mereka terikat dengan jadual kerja yang cukup padat. Apapun. kedua mereka masih lagi kekal bersahabat dan saling menyokong antara satu sama lain.

Sebelum ini telah media dikejutkan dengan berita bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun bercinta pada bulan Ogos.

Sumber : 1 | 2

loading...