Penuh rasa teruja, Mark Tuan tak sabar terbang ke Malaysia untuk siri jelajah Asia ‘THE OTHER SIDE’

(KUALA LUMPUR, 25 OKT) Bersiap-sedialah, IGOT7 Malaysia! Kesayangan dan pengarang jantung dunia K-pop bersedia untuk membawa anda semua menerokai dan menikmati siri jelajah Asia ‘The Other Side’ 2024 ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Sesi bertemu peminat yang telah lama dinantikan ini akan berlangsung pada 6 Januari 2024, bermula jam 6 petang dan bertempat di Zepp KL, pastinya akan menjanjikan malam yang tidak dapat dilupakan oleh para peminat. Masakan tidak, ianya akan dipenuhi dengan muzik, karisma yang mempersona dan keseronokan.

Mark Tuan, diiktiraf secara meluas kerana kemahiran rapnya yang luar biasa dan telah menyumbangkan banyak rangkap-rangkap rap untuk hampir semua lagu GOT7. Beliau adalah idol KPOP yang terkenal di seluruh dunia, dengan mempunyai pengikut Instagram sebanyak 14 juta dan 3 juta pelanggan di YouTube. Pada tahun 2019, Mark Tuan bukan sahaja dicalonkan tetapi juga turut dinobatkan sebagai pemenang ‘Hot Star Award’di majlis berprestij, Anugerah Starlight Weibo, sekaligus mengukuhkan statusnya sebagai tokoh sebenar dalam industri K-pop. Dia juga telah mengeluarkan beberapa lagu, termasuk ‘One in a Million’, ‘Lonely’, ‘Far Away’ dan banyak lagi, dengan jumlah tontonan video yang ramai di YouTube rasminya.

MARK TUAN ‘The Other Side’ ASIA TOUR 2024 di Malaysia adalah anjuran Trumpet International dan kategori tiket terbahagi kepada VVIP RM1499 (free standing), VIP RM889 (free standing), Cat 1 RM689 (free standing) dan Cat 2 RM439 (tempat duduk bernombor). Harga tiket tidak termasuk  yuran pemprosesan sebanyak RM4. Untuk kategori VVIP, ianya adalah terhad dan tersedia untuk 150 tiket sahaja. Selain itu, ia juga menawarkan peluang sekali dalam seumur hidup untuk melihat serta berdepan Mark Tuan secara dekat diruangan bahagian berdiri bebas, bagi memastikan pengalaman konsert yang tiada tandingan.

Penjualan tiket dijadualkan bermula pada 31 Okt 2023, 11 pagi di www.excitix.com.my, jadi bersedialah untuk menempah tempat anda di konsert sensasi ini!

Untuk maklumat lanjut, sila follow media sosial rasmi Trumpet International.

FB: https://www.facebook.com/trumpet.international
IG: https://www.instagram.com/trumpet_international/ 
X: https://x.com/hellotrumpet/

Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi talian hotline Excitix di +6010-3098998.

loading...