Lee Bo Young, Lee Moo Saeng, Lee Chung Ah & Lee Min Jae sah bintangi drama terbaru

Coupang Play telah mengesahkan penerbitan drama baharu “Hide” (tajuk literal) bersama barisan pelakonnya!

“Hide” mengisahkan seorang wanita menjejak rahsia yang menyelubungi suaminya yang tiba-tiba hilang.

Lee Bo Young memegang watak Na Moon Young, isteri yang mengejar suaminya yang hilang. Lee Moo Saeng memainkan watak suami Na Moon Young, Cha Sung Jae, yang hilang tanpa sebarang kata. Lee Chung Ah melakonkan watak jiran yang mesra Na Moon Young, Ha Yeon Joo, dan Lee Min Jae memegang watak Do Jin Woo, seorang lelaki misteri yang memegang kunci rahsia kehilangan itu.

Pengarah Kim Dong Hwi, yang sebelum ini menerajui pelbagai drama termasuk “The Tale of Nokdu” dan “Fight for My Way,” dan pasukan produksi “The Glory” akan bergabung tenaga sekaligus meningkatkan jangkaan ramai untuk drama baharu itu.

“Hide” dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024.

Sumber : 1

loading...