Fan Meeting berjalan lancar, Seo In Guk zahir rasa terharu dan berterima kasih pada peminatnya

Baru-baru ini, Seo In Guk telah mengadakan pertemuan peminat  “Heart & Love,” di YES24 Live Hall dengan berjaya. Ini adalah pertemuan peminat pertamanya selepas dua tahun tujuh bulan. Acara yang dihadiri ramai itu membuatkan dia terharu dan berterima kasih kepada peminatnya.

Tampil kacak bergaya dalam sut coklat, dia menghiburkan peminatnya dengan muzik, penceritaan, permainan dan turut menyampaikan kejutan buat peminat berupa hadiah istimewa darinya yang disediakan dengan teliti.

Seo In Guk dan MC Park Gyu Seon juga berbual mesra dengan peminat, membincangkan episod sebalik tabir “Cafe Minamdang” yang kini bersiaran di KBS 2TV, serta kemas kini mengenai pelbagai projek drama dan kerjaya nyanyiannya, terutamanya sejak dia melancarkan album single terbarunya “Love&Love,” album pertamanya dalam tempoh lima tahun.

Kwon Soo Hyun yang turut sama membingangi drama “Cafe Minamdang” hadir sebagai tetamu khas di acara pertemuan peminat Seo In Guk.  Mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik selepas mengetahui ujian personaliti mereka sama iaitu MBTI. Keduanya kemudian menyanyi bersama-sama lagu “Sorrow,” “I LOVE YOU,” “Again to you,” “Shallow,” dan “The Blower’s Daughter,” yang membuatkan peminat sangat gembira.

Pertemuan peminat berlangsung selama 160 minit. Pada penghujung acara, Seo In Guk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas masa yang tidak dapat dilupakan bersama.

Terima kasih kerana meluangkan masa yang menyenangkan bersama saya. Semoga hari ini menjadi kenangan yang menggembirakan. Harap sentiasa gembira dan semoga kenangan ini akan sentiasa diingatan kita semua. —Seo In Guk

Seo In Guk juga merancang untuk mengadakan 2022 SEO IN GUK FANMEETING One ‘Summer day’ di Tokyo dan Osaka, Jepun. Buat masa ini, anda boleh menonton drama terbarunya ‘Cafe Minamdang’ (yang ditayangkan menerusi Netflix) dan nantikan filem terbarunya ‘Project Wolf Hunting’.

Sumber : 1 , 2

loading...