Drama terbaru lakonan Jung Woo Sung & Shin Hyun Bin akan tayang November ini

Drama rangkaian ENA yang akan datang “Tell Me That You Love Me” (tajuk literal) disahkan untuk ditayangkan pada bulan November ini!

“Tell Me That You Love Me” adalah berdasarkan drama percintaan yang diadaptasi dari drama Jepun dengan nama yang sama dan telah disiarkan di TBS di Jepun pada tahun 1995. Drama ini telah mendapat pelbagai penghargaan dan menyapu bersih anugerah untuk kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan banyak lagi di Anugerah Akademi Drama Televisyen Jepun.

Jung Woo Sung akan memegang watak Cha Jin Woo, seorang cacat pendengaran yang merasakan kebebasan dalam dunianya sendiri yang tenang dan bersikap santai walaupun terdapat prasangka terhadapnya. Shin Hyun Bin akan memainkan watak Jung Mo Eun yang mempunyai harga diri kerana dia dengan bangganya memenuhi impian dan cintanya. Tell Me That You Love Me”  adalah kerjasama antara penulis skrip Kim Min Jung, yang menulis “Love in the Moonlight” dan “The Sound of Magic,” dan pengarah Kim Yoon Jin, yang mengarahkan “Our Beloved Summer” sekaligus menarik perhatian penonton selain daripada dua tonggak utama drama ini.

Jung Woo Sung berkata, “Dalam drama itu, Jin Woo mengalami masalah pendengaran. Drama ini membawa penonton merenung kaedah komunikasi melalui Jin Woo dengan melihat sejauh mana kita, yang berkomunikasi melalui bahasa fonetik, memahami kata-kata orang lain, seberapa tepat kita menyampaikan kata-kata kita, bagaimana ia berfungsi dalam cinta antara berlainan jantina, danapakah kita berkomunikasi secara salah.”

Shin Hyun Bin turut mengulas, “Saya harap penonton akan menikmati cerita yang menyentuh hati  dan kegembiraan yang dikecapi drama ini hanya melalui dua insan yang memahami dan menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka berkomunikasi dalam bahasa yang berbeza. Kami akan bekerja keras untuk mencipta projek yang hebat sehingga akhir, jadi sila nantikan drama ini dengan penuh minat.”

“Tell Me That You Love Me” akan ditayangkan pada bulan November ini.

Sumber : 1

loading...