Park Ji Hoon & Hong Ye Ji sah terajui drama romantis fantasi terbaru

Park Ji Hoon dan Hong Ye Ji akan membintangi drama baharu bersama!

Pada 17 Oktober, drama yang akan mengisi slot drama Isnin-Selasa KBS2 akan datang “Fantastic Sonata” mengumumkan Park Ji Hoon dan Hong Ye Ji sebagai pelakon utama drama itu serta tayangan perdananya pada bulan Januari tahun hadapan.

Berdasarkan webtoon popular, “Fantastic Sonata” ialah drama percintaan fantasi bersejarah yang mengisahkan kisah cinta yang menyayat hati dan obsesi antara seorang lelaki yang mempunyai dua personaliti yang berbeza dan seorang wanita yang mencintainya.

Park Ji Hoon akan memainkan dua watak Putera Mahkota Sajo Hyun dan personalitinya yang lain  sebagai Ak Hee. Sajo Hyun ialah watak intelek yang menggunakan deria artistik semula jadinya untuk bekerja sebagai pereka fesyen di butik di pusat bandar sambil menyembunyikan identiti  sebagai seorang putera mahkota. Dia mempunyai luka yang mendalam sejak zaman kanak-kanaknya kerana bapanya yang menindas Sajo Seung. Di sisi lain, Ak Hee agak gelap perwatakannya. Ak Hee digambarkan memiliki karakter yang menawan dan mudah memikat orang lain, tetapi dia diksumpah untuk merasai kesakitan yang melampau apabila dia membuat sentuhan fizikal dengan orang lain.

Hong Ye Ji pula akan menggambarkan Yeon Wol yang menjalani kehidupan yang penuh berliku, daripada seorang pembunuh upahan kepada gundik. Yeon Wol ialah keturunan diraja kepada Dinasti Yeon yang digulingkan dan anak perempuan tunggal Yeon Poong Hak. Yeon Wol menyembunyikan identitinya dan menjadi pembunuh Gye Ra untuk membalas dendam keluarganya. Semasa cuba membunuh raja, dia jatuh ke dalam perangkap yang dipasang oleh orang yang tidak dikenali dan bangun keesokan harinya tanpa ingatan masa lalunya.

Pasukan pengarah ‘Fantastic Sonata’ berkata, “Kami akan menggambarkan kisah menyayat hati seorang putera mahkota dengan personaliti yang bertentangan sama sekali dan seorang gundik yang berhadapan dengan pilihan yang tidak dapat dielakkan.”

Sumber : 1

loading...