SM Entertainment nafi khabar angin Chanyeol dan Sehun EXO pindah agensi lain

SM Entertainment menafikan khabar angin yang diperkatakan bahawa Chanyeol dan Sehun EXO telah berpindah ke agensi lain. Penafian ini diberikan tidak lama selepas sub-unit yang dikenali sebagai EXO-SC dilaporkan sedang bersedia untuk menyertai agensi lain.

Pada 17 Oktober, SBS Entertainment News melaporkan bahawa menurut orang dalaman industri hiburan, Sehun dan Chanyeol EXO telah menandatangani kontrak eksklusif dengan agensi baharu yang diasaskan oleh Jung Hoon Tak, bekas CEO agensi hiburan iHQ dan penasihat Persatuan Pengurusan Hiburan Korea. Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa kedua-dua ahli EXO telah mencapai persetujuan dengan SM Entertainment untuk meneruskan aktviti solo dengan syarikat baharu itu sambil mengekalkan penglibatan mereka dalam aktiviti kumpulan EXO di bawah SM.

“Bagaimanapun, untuk aktiviti peribadi ahli semasa di bawah kontrak eksklusif SM, kami dengan syarat membenarkan ia berlaku di bawah agensi yang mereka cipta sendiri,” tambah agensi itu.

Park Chanyeol dan Oh Sehun telah memulakan kerjaya dalam EXO sejak 2012. Mereka juga aktif sebagai sub-unit EXO-SC sejak Julai 2019 dengan keluaran ‘What a Life’, album mini sulung mereka. Mereka juga telah memenangi Anugerah Cakera Emas Bonsang Cakera 2019 untuk What a Life.

EXO-SC turut mengeluarkan album studio ‘1 Billion Views’ pada Julai 2020 dan telah mengadakan siri jelajah Back to Back Fancon di beberapa negara Asia, termasuk Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Mei 2023 yang lalu.

loading...