Haein LABOUM kongsi berita perkahwinan & kehamilan

Haein LABOUM umum akan berkahwin dan kini sedang mengandung!

Pada 7 Oktober, agensi Haein R&D Company secara rasmi mengumumkan bahawa dia akan mengikat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hati yang bukan dari kalangan selebriti bulan depan.

Haein telah bertemu dengan kekasih hati yang mana dia akan menghabiskan sisa hidupnya bersama. Mereka akan berkahwin pada bulan November ini, dan bakal pengantin lelakinya bukan seorang selebriti. Jadi, kami meminta anda memberikan sokongan dan restu anda kepada Haein, yang akan meneroka permulaan baharu.

– R&D Company

Sementara itu, Haein juga turut berkongsi berita kehamilannya dalam surat tulisan tangan kepada peminat.

Saya akan berkahwin pada November ini. Anda pasti sangat terkejut dengan berita yang mengejutkan ini kan, tetapi saya memutuskan untuk berkahwin kerana semakin saya memikirkannya, semakin saya yakin dengan dia [teman lelaki saya]. Kami bertemu sebagai kawan baik dari usia muda dan comel ketika 19 tahun.

Dalam pada kami sedang bersiap sedia untuk perkahwinan kami, rezeki lain datang kepada kami dalam bentuk cahaya mata. Mendengar degupan jantung anak kami, saya sangat terharu sehinggakan tidak terucap dengan kata-kata.  Ia adalah saat di mana saya merasakan rasa tanggungjawab yang lebih besar bersama dengan kegembiraan yang sungguh menyentuh hati.

Saya rasa tiada ucapan tahniah yang lebih mengharukan daripada Latte [kelab peminat LABOUM], yang sentiasa memberi saya kasih sayang, sokongan, dan galakan yang tidak terhingga biarpun saya tidak sesempurna mana. Namun, mereka tetap merestui saya disaat yang menggembirakan ini. Banyak lagi perkara yang saya perlu belajar, jadi ketika saya berkongsi terang berita ini, mungkin ada perasaan yang saya tidak ambil kira atau fikirkan. Saya sangat berbesar hati jika anda semua dapat memahami perasaan yang saya cuba kongsikan dalam surat ini.

– Haien

Tahniah kepada Haein dan pasangannya!

Sumber : 1

loading...