Jungkook BTS ditahan polis kerana telah menyebabkan kemalangan baru-baru ini

Jungkook BTS ditahan polis kerana telah menyebabkan kemalangan baru-baru ini.

Terdahulu pada awal bulan November, media melaporkan bahawa Jungkook telah disoal siasat mengenai kemalangan jalanraya yang melibatkan dengan sebuah teksi. Idol itu kemudiannya mengaku bersalah kerana telah melanggar  undang-undang lalu-lintas. Jongkook juga telah memberikan keterangannya kepada pihak polis dan berhasrat untuk menyelesaikan kes ini bersama mangsa.

Laporan media pada 4 November menjelaskan bahawa Jungkook masi lagi belum  ditahan oleh pihak polis kerana ketika kejadian dia dikatakan bebas daripada pengaruh alkohol. Namun, pihak polis menyatakan, bahawa Jungkook boleh ditahan selepas laporan perubatan diterima atau selepas kecederaan peribadi disahkan.

Pada 8 November, Balai Polis Yongsan, Seoul mengesahkan bahawa Jungkook kini akan ditahan kerana telah melanggar undang-undang lalu lintas dan juga undang-undang khas mengenai penyelesaian kes kemalangan yang berkaitan lalu lintas.

Big Hit Entertainment sebelum ini mendedahkan bahawa Jungkook telah mencapai jalan penyelesaian dengan pemandu teksi berhubung perkara ini. Bagaimanapun, sumber dari pihak polis menjelaskan, “Dia ditahan berikutan pengakuan pemandu teksi yang mana akibat kemalangan itu ianya telah mendatangkan kecederaan kepadanya. Kata sepakat untuk penyelesaian kes ini adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan (dengan siasatan polis).”

Polis belum menjadualkan tarikh untuk memanggil Jungkook untuk sesi soal jawab seterusnya dan tiada perkembangan lanjut mengenai perkara ini kerana ianya masih dalam proses siasatan.

Sumber : spotvnews | naver

loading...