5 ahli PENTAGON tinggalkan Cube Entertainment, tapi beri bayangan akan terus bersama

Lima ahli PENTAGON telah memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka dengan Cube Entertainment.

Pada 9 Oktober, agensi PENTAGON; Cube Entertainment mengumumkan bahawa kontrak Yeo One, Yan An, Yuto, Kino, dan Wooseok dengan agensi itu telahpun tamat.

Baca kenyataan penuh Cube Entertainment seperti di bawah:

Hello. Ini  Cube Entertainment.

Pertama, kami setulus hati ingin mengucapkan terima kasih kepada UNIVERSE (kelab peminat PENTAGON) kerana menghargai dan memberikan kasih sayang serta sokongan kepada PENTAGON.

Memandangkan kontrak eksklusif ahli PENTAGON menghampiri tarikh tamat tempohnya, kami telah mengadakan perbicangan secara telus dengan kesemua ahli dalam tempoh masa yang panjang. Selepas pertimbangan yang teliti, telah diputuskan bahawa kontrak eksklusif kami bersama Yeo One, Yan An, Yuto, Kino dan Wooseok akan berakhir.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yeo One, Yan An, Yuto, Kino, dan Wooseok yang telah bersama kami sepanjang 7 tahun ini, dan kami sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dalam usaha masa depan mereka.

Kami memohon galakan dan sokongan hangat anda untuk Yeo One, Yan An, Yuto, Kino dan Wooseok PENTAGON yang akan memulakan permulaan yang baharu.”

Terima kasih.

Tidak lama selepas pengumuman itu, Yeo One dan Kino menggunakan Instagram untuk meyakinkan peminat bahawa mereka akan kekal sebagai ahli PENTAGON, sekaligus menepis sebarang tanggapan tentang pembubaran kumpulan tersebut.

Saya merasakan perlunya cabaran baharu untuk menonjolkan versi diri saya yang lebih baik kepada UNIVERSE, ahli kumpulan saya, dan mereka yang sentiasa menyokong kami. Walaupun saya telah meninggalkan Cube Entertainment, saya akan sentiasa berdiri bersama UNIVERSE sebagai ahli PENTAGON pada masa hadapan, sama seperti saya hari ini. Sebagai salah seorang ahli PENTAGON, saya akan menjadi Yeo Chang Gu, Yeo One yang sentiasa bekerja keras dan berkembang untuk menjadikan PENTAGON terus bersinar.

– Yeo One

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 여원 YEO ONE (@9oo_sebumps)

Sementara itu, Kino berkongsi dua keping gambar ahli PENTAGON (sans Yan An) di IG Story miliknya dan menulis, “PENTAGON never dies,” diikuti dengan kata-kata lucu, “Apakah itu ‘pembubaran’? Haha. Adakah ianya sesuatu yang kamu makan?” Selain itu, Wooseok, Yeo One dan Hongseok menyiarkan semula kisah Kino di halaman Instagram mereka sendiri, dengan Hongseok menambah satu lagi foto kumpulan dan menulis, “Saya sentiasa ada, dan akan sentiasa ada di sana.”

Sumber : 1 | 2

loading...