5 sebab kenapa korang perlu aktifkan radar untuk tonton “A Kidnapping Day”

Pada 13 September, Pengarah Park Yu-young, Yoon Kye-sang, Park Sung-hoon, dan Kim Shin-rock telah berkumpul bersama media tempatan di Seoul untuk sesi sidang media berkaitan drama terbaru “The Kidnapping Day”.  Drama yang bertemakan thriller komedi hitam itu akan tersedia di Prime Video Malaysia dan lebih daripada 240 negara serta wilayah di seluruh dunia. Siri perdana dengan 12 episod itu ditayangkan hari ini (13 September) dengan episod baharu pada setiap Rabu dan Khamis. Jom ketahui kenapa anda tidak mahu terlepas siri ini di bawah.

1. Pengembaraan Pelbagai Genre

 

“The Kidnapping Day” bberkisarkan tentang penculik yang naif Kim Myeong-jun (Yoon Kye-sang) yang menculik kanak-kanak genius Choi Ro-hee (Yoo Na). Walau bagaimanapun, rancangan itu tidak berjalan lancar apabila kedua mereka berdepan dengan kes pembunuhan dan misteri disebaliknya.

Anda boleh anggap”The Kidnapping Day” macam kotak hadiah dengan pelbagai genre. Ia termasuk genre seperti komedi, aksi, persahabatan, thriller, dan kemanusiaan yang mana kesemuanya disebatikan secukup rasa dalam drama ini. Saya rasa siri ini akan membuatkan penonton ketawa dan juga akan tersentuh.

– PD Park Yu-young

Jika anda tidak tertumpu kepada hanya satu genre, anda pasti mahu mengikuti pengembaraan kisah “The Kidnapping Day” dengan berbilang genre ini.

2. Kisah yang menarik & Mesej yang Hebat

“The Kidnapping Day” adalah berdasarkan novel hit dengan judul yang sama. Pengarah Park Yu-young menjelaskan beberapa perbezaan antara novel dan siri drama tersebut.

Novel asal fokus pada detektif Park Sang-yun untuk tiga bahagian pertama dan ianya lebih menjurus kepada penyiasatan. Dengan menjadikannya siri 12 episod, kami dapat mengembangkan watak dan cerita mereka. Untuk siri ini, kami memberi tumpuan kepada keserasian antara Kim Myeong-jun dan Choi Ro-hee. Tumpuan adalah pada unsur komedi dan kemanusiaan yang datang daripada hubungan mereka.

–  PD Park Yu-young

Mesej yang dapat diambil daripada siri ini adalah makna sebenar sebuah keluarga.

Setelah menghabiskan masa bersama dengan berkongsi pelbagai emosi dan cerita, serta naluri seorang ayah dan anak, mereka mula menjadi seperti sebuah keluarga. Saya rasa anda juga boleh mempertimbangkan semula makna sebuah keluarga selepas menonton siri ini.

–  PD Park Yu-young

3. Keserasian hubungan Ayah-Anak yang Menyayat Hati

Intipati siri ini terletak pada hubungan antara Kim Myeong-jun dan Choi Ro-hee. Choi Ro-hee hilang ingatan dan menganggap Myeong-jun sebagai bapanya. Perkara ini membuatkan hubungan mereka berkembang menjadi sebuah keluarga. Para pelakon berkesempatan berkongsi pengalaman mereka sepanjang bekerja bersama-sama.

Saya sangat gembira. Bekerja dengan Yoo Na membuatkan saya fikir bagusnya jika saya mempunyai seorang anak perempuan. Ianya sangat menyeronokkan.

– Yoon Kye-sang

Bekerja dengan Yoon Kye-sang sungguh menyeronokkan. Saya benar-benar menikmatinya. Dia seorang pelakon yang hebat sehinggakan saya kini menjadi peminatnya. Saya rasa set penggambaran itu seronok dan hidup kerana Yoon Kye-sang.

– Yoo Na

Kami tidak sabar untuk melihat bagaimana keserasian ayah dan anak perempuan mereka beraksi di skrin.

4.  Adanya Pelakon Kanak-Kanak Yang Meningkat Naik untuk Diperhatikan


Bercakap tentang Yoo Na, pelakon kanak-kanak yang semakin meningkat naik itu berjaya menewaskan kira-kira 500 pesaing untuk peranannya.

Pelakon kanak-kanak biasanya memainkan watak sokongan atau watak utama dalam versi yang lebih muda. Dalam kes kami, pelakon kanak-kanak adalah watak utama. Proses uji bakat sangat panjang dengan 5 pusingan. Terdapat kira-kira 12 orang yang tinggal pada pusingan terakhir, termasuk Yoo Na. Perkara istimewa tentang Yoo Na ialah dia tidak seperti seorang pelakon stereotaip yang baru belajar berlakon.

– PD Park Yu-young

Apabila ditanya tentang sebarang tekanan yang dihadapi sepanjang penggambaran, Yoo Naa akui sedikit tertekan.

Saya memang merasakan tekanan. Kalau saya kata saya tidak tertekan, itu adalah satu pembohongan. Ini adalah kali pertama saya mempunyai begitu banyak adegan dalam satu drama. Saya mempunyai banyak baris dialog untuk dihayati dan dipelajari, jadi saya fokus untuk cuba berlakon secara semula jadi.

– Yoo Na

Nampaknya, Yoo Na sememangnya seorang pelakon muda yang perlu diperhatikan!

5. Pelakon Sendiri Adalah Peminat

Anda tahu cerita itu bagus apabila pelakon menjadi peminat sendiri. Semua pelakon berkongsi betapa mereka menyukai skrip dan benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada siri ini.

Saya ada kerja di Jepun, jadi saya baca skrip di dalam kapal terbang tetapi saya membacanya dengan cepat. Ia sangat menarik sehingga sebaik sahaja saya mendarat di Jepun, saya menelefon dan berkata saya akan melakukannya. Skripnya sangat menyeronokkan dan persediaannya menarik. Twistnya sungguh hebat.

– Park Sung-hoon

Begitu juga dengan Kim Shin-rock yang turut berkongsi tentang bagaimana dia menyukai skrip drama ini dan berterima kasih kerana ditawarkan untuk mengerjakan siri itu. Ia pasti kedengaran seperti siri yang anda tidak mahu tidur!

Jangan ketinggalan pengembaraan berbilang genre! Tonton The Kidnapping Day sekarang, hanya di Prime Video! Menerusi aplikasi Prime Video, para pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa kos tambahan. Prime Video boleh dilanggan di Malaysia dengan bayaran pada hanya RM25 sebulan dan ada akan dapat menikmati pelbagai hiburan yang terbaik tanpa henti dan tanpa sempadan.

Jom saksikan trailer drama ini di bawah.

 

loading...