Lebih romantis dan mengujakan, “My Dearest” Bahagian 2 akan tayang Oktober ini

Drama popular MBC “My Dearest” sedang bersedia untuk Bahagian 2!

“My Dearest” ialah sebuah drama percintaan sejarah tentang kekasih yang nasibnya berubah akibat pencerobohan Qing ke atas Joseon. Namgoong Min membawakan watak  Lee Jang Hyun, seorang lelaki yang telah menyatakan bahawa dia tidak akan berkahwin, manakala Ahn Eun Jin memainkan watak Yoo Gil Chae, seorang wanita bangsawan yang bermimpi untuk mencari cintanya semula walaupun selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Pada 2 September yang lalu, “My Dearest” telah mengakhiri Bahagian 1 dengan merekodkan rating tertingginya pada 12.2% tontonan, dan drama itu juga mengungguli senarai drama dan pelakon yang popular.

Menurut pengumuman oleh MBC pada 13 September, Bahagian 2 ‘My Dearest,’ akan menyambung semula siaran yang dijadualkan pada 13 Oktober ini. Tumpuan utama pastinya pada perubahan dramatik dalam cerita dan watak ketika Jang Hyun (lakonan Nam Goong Min) dan Gil Chae (lakonan Ahn Eun Jin) mengembara antara era Joseon dan Dinasti Qing selepas perpisahan yang menyayat hati.

Menjelang permulaan Bahagian 2, pasukan produksi berkongsi, “Kisah mereka yang dibawa ke Dinasti Qing selepas pencerobohan Qing ke atas Joseon akan terungkap dengan cara menarik yang saling berkaitan dengan nasib Jang Hyun dan Gil Chae. Tambahan pula, kisah watak-watak yang muncul pada penghujung Bahagian 1 termasuk [wanita bertopeng biru/Blue Mask] (Lee Chung Ah), yang meninggalkan kesan yang kuat, serta Goo Won Moo (Ji Seung Hyun), Jang Chul (Moon Sung Geun), dan Soyong Jo (So Yoo Jin) akan menjadikan hubungan [antara watak ini] lebih dinamik.”

Namgoong Min juga meningkatkan jangkaan untuk Bahagian 2, berkata, “Bahagian 2 lebih menarik daripada Bahagian 1, dan kisah cinta yang lebih indah sedang menanti [penonton], tidak lama lagi.” Ahn Eun Jin juga menambah keterujaan dengan berkongsi bahawa mereka akan kembali dengan cerita yang lebih menarik.

Dalam perkembangan lain baru-baru ini, MBC telah menganjurkan dua bahagian ‘Lovers’ Part 1 ‘TV Movie’ masing-masing berdurasi 75 minit untuk disiarkan pada 15 dan 16 September untuk mempamerkan adegan yang tidak disiarkan sebelum ini dan yang telah disunting daripada siri asal. Ini menjanjikan hidangan yang menarik untuk peminat yang tidak sabar menunggu bahagian kedua siri ini.

“My Dearest” Bahagian satu boleh ditonton menerusi Astro ONE TV Asia Ch 393 dan Astro Go pada Setiap Sabtu – Ahad, jam 9.45 PM MYT.

Sumber : 1

loading...