Shin Min Ah dan Kim Young Dae sebagai pasangan suami isteri palsu dalam drama rom-com terbaru tvN

Shin Min Ah dan Kim Young Dae akan bergandingan sebagai pasangan suami isteri palsu!

Pada 13 September, TVING mengesahkan pelakon Shin Min Ah dan Kim Young Dae sebagai peneraju untuk drama akan datang bertajuk “Because I Want No Loss”.

Ditulis oleh penulis Kim Hye Young yang menghasilkan “Her Private Life,” “Because I Want No Loss” adalah sebuah drama bertemakan rom-com yang mengisahkan seorang wanita bernama Son Hae Young yang melangsungkan perkahwinan palsu kerana tidak mahu kehilangan wang. Dan seorang lelaki, Kim Ji Wook yang menerima untuk menjadi pengantin palsu kerana tidak mahu diapa-apakan.

Son Hae Young memiliki sifat tidak mahu kalah. Dengan sifat tidak mahu kalahnya itu, dia melakukan segala-galanya untuk mendapatkan apa yang dia mahukan. Apabila berdepan dengan risiko kehilangan peluang untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja, dia menyusun strategi dengan merancang perkahwinan palsu.

Kim Young Dae akan memainkan watak Kim Ji Wook, seorang pekerja sambilan syif malam di sebuah kedai serbaneka. Dia digelar sebagai pegawai polis awam dan memiliki keperibadian baik di kawasan kejiranan. Dia menerima lamaran yang tidak masuk akal daripada Son Hae Young, seorang pelanggan yang dirasakan mereka tidak serasi bersama. Namun, Kim Ji Wook bertindak menerima tawaran Son Hae Young untuk menjadi suami palsunga selain terus melakukan pekerjaan sedia ada.  Terdahulu, pelakon Lee Jong Won ditawarkan untuk memegang watak Kim Ji Wook itu.

Pasukan produksi berkata, “‘Because I Want No Loss’ ialah sebuah komedi romantik yang boleh dinikmati oleh [penonton] tanpa perlu memikirkan apa-apa. Agak rugi jika tidak ditonton kerana ia memaparkan kisah realistik yang dapat anda kaitkan dengan kehidupan di sekeliling anda.

“Because I Want No Loss” dijadual akan ditayangkan di TVING dan tvN pada tahun 2024.

Sumber :  1

loading...