Nyaris-nyaris dijadikan mangsa buruan penjenayah gila seks “Nth Room”, Yeonwoo Momoland gesa hukuman keras ke atasnya

Yeonwoo Momoland menggesa hukuman keras dikenakan di atas semua pelaku-pelaku yang dikaitkan dengan ‘Nth Room’ di dalam satu kenyataan dibuatnya menerusi instagram.

Pada 28 Mac 2020, Yeonwoo memuatnaik dua buah gambar tangkap layar berkenaan petisyen bagi menggesa pihak kerajaan bertindak tegas terhadap penjenayah ‘Nth Room’. Salah satu petisyen tersebut mendesak kerajaan menggugurkan seorang hakim yang didakwa tidak berkelayakan untuk mengadili kes ‘Nth Room’ tersebut, manakala satu yang lain pula mendesak kesemua pelaku-pelaku disiasat sehingga ke lubang cacing.

Yeonwoo Momoland, antara selebriti yang nyaris-nyaris dijadikan mangsa buruan penjenayah gila seks “Nth Room”, Cho Joo Bin selain Lee Da In, Kim Ha Young dan Shin A Young apabila menyedari instagram masing-masing telah diikuti olehnya sejak sekian lama. Rekod mesej diperolehi daripada telefon bimbit Cho Joo Bin kemudian juga mendedahkan dia dikatakan sebagai dalang utama yang mengarahkan kamera intipan dipasang di asmara didiami oleh pelakon Shin Se Kyung dan Nomi Apink tak lama dahulu.

Kes ‘nth room’ mendapat liputan meluas di Korea berikutan mangsa-mangsa kebanyakannya dijadikan hamba seks dan sebahagiannya terdiri daripada golongan kanak-kanak. Telegram “Nth Rom” telah dijadikan sebagai sarang di mana pengguna-penggunanya akan berkongsi video-video lucah membabitkan mangsa-mangsa pemerdagangan seks yang telah diperas-ugut identiti mereka dengan pengguna-pengunanya perlu membayar sejumlah wang untuk dibenarkan akses ke dalamnya. Berdasarkan laporan media, video-video lucah tersebut telah dijual kepada lebih 250,000 orang lelaki dan video lucah keganasan mengerikan, seperti sebilah gunting ditusuk pada permukaan faraj, mangsa dipaksa memakan tahi, mangsa ditoreh tatu ‘hamba’ ketika dirogol, mangsa dengan putingnya bengkak akibat digunting antara yang mendapat tuntutan tertinggi. Daripada 74 orang mangsa yang dikenalpasti, 16 ialah kanak-kanak telah diklasifikasikan sebagai mangsa pedofil.

Sumber: money today

loading...