Moon Sua akan berehat seketika daripada aktiviti seni atas faktor kesihatan

Moon Sua dari kumpulan Billlie akan menangguhkan aktivitinya buat sementara waktu kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu memberangsangkan.

Pada 12 September, agensi Billlie; Mystic Story berkongsi pengumuman berikut di kafe peminat rasmi Billlie:

Hello. Mystic Story di sini.

Pertama sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong dan menyayangi Billlie.

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa artis kami yang merupakan ahli kumpulan Billlie, Moon Sua akan menghentikan sementara aktivitinya atas sebab kesihatan.

Kami harap anda memahami tentang keputusan ini kerana pakar kesihatan telah menasihati Moon Sua untuk mendapatkan rehat yang mencukupi buat masa ini dan kembali stabil.

Aktiviti Billlie yang dijadualkan mulai hari ini dan seterusnya akan dijalankan bersama lima ahli lain termasuk Haram, Haruna, Sheon, Siyoon, dan Tsuki. Kami akan memaklumkan kepada peminat sebarang kemaskini jika Moon Sua telah stabil sepenuhnya untuk kembali pada masa hadapan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan kerana menyampaikan berita yang mengejutnya seumpama ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu artis dalam proses memulihkan kesihatannya.

Terus berikan sokongan anda agar Moon Sua cepat sembuh dan menyapa semula peminat dalam keadaan sihat.

Terima kasih.

Sebelum ini pada bulan Jun, rakan sekerja Moon Sua di Billlie, Suhyeon mengumumkan rehat sementara atas saranan pakar kesihatan yang menyatakan bahawa dia memerlukan rehat.

Semoga Moon Sua cepat sembuh!

Sumber : 1

loading...