Dengan elemen penuh tenaga dan kehangatan, ‘FIRE’ kolaborasi terbaru PSYCHIC FEVER bersama SPRITE

PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE telah menghangat pentas dengan single terbaru mereka, ‘FIRE’ dengan kolaborasi terbaru yang menampilkan penyanyi rap Thailand, SPRITE.  ‘FIRE’ dijadualkan untuk dikeluarkan pada 12 September 2023, Selasa, di semua platform penstriman digital utama.

Salah seorang ahli PSYCHIC FEVER berkongsi bahawa mereka ingin bekerjasama dengan SPRITE sejak enam bulan lalu semasa menjalankan aktiviti mereka di Thailand. SPRITE merupakan salah seorang penyanyi rap termuda di Thailand yang sehingga kini berada dalam carta global Billboard. Menekankan dedikasi dan keazaman mereka semasa sesi rakaman dan produksi video muzik, kumpulan itu percaya bahawa kerjasama ini merangkumi “keserasian yang unik dan hangat” antara PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE dan SPRITE.

SPRITE penyanyi rap dari Thailand

‘FIRE feat. SPRITE’ merupakan kerjasama kedua dengan syarikat hiburan Thailand, HIGH CLOUD ENTERTAINMENT. Dengan gaya yang tersendiri daripada elemen rap yang beralih kepada genre Hip Hop dan Pop,  SPRITE menyuntik intipati asli pada trek lagu, sekaligus meningkatkan daya tarikannya kepada skop pendengar yang lebih luas. PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE bekerjasama dengan HYPE TRAIN PRODUCTION, yang diketuai oleh beat maker Thai, NINO, yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan dan membimbing PSYCHIC  FEVER dari EXILE TRIBE untuk single ‘TO THE TOP feat. DVI’. Single ini menampilkan baris melodi yang penuh daya penarik dan diserikan dengan unsur etnik yang dicipta dengan mengambil kira pasaran global.

‘FIRE feat. SPRITE’ ialah sebuah lagu bertenaga tinggi yang memancarkan rasa yakin dan keazaman yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai matlamat mereka, menggalakkan pendengar untuk melangkah dan mengubah takdir mereka. Lagu ini juga dapat membakar semangat dan sebagai motivasi untuk semua orang agar kita perlu tekadkan hati untuk bekerja keras sehingga ke akhirnya. Disebabkan itu,  muzik video ‘FIRE’ menampilkan elemen berkisar tentang sifat api yang pelbagai rupa. Sama seperti tahap kepanasan, sifat dan warna api yang berbeza-beza, kesemua ahli PSYCHIC  FEVER dari EXILE TRIBE telah mempamerkan bakat dan personaliti unik mereka, di mana masing-masing memberikan sentuhan hangat dan berapi-api pada persembahan

Keadaan studio sengaja dibuat panas untuk memberikan rasa hangat dan berapi yang sebenar, lampu LED visual yang berterusan menerangi, dan lebih daripada lima jenis kesan kebakaran yang berbeza disediakan di mana kenaikan suhu yang berterusan berjaya mencipta suasana yang menggembirakan, menambahkan keseronokan dan keterujaan kepada pembikinan muzik video tersebut.

Lagu  ‘FIRE feat. SPRITE’  telah dikeluarkan pada 12 September 2023, Selasa, di semua platform penstriman digital utama. Manakala video muzik pula telah ditayangkan di YouTube pada hari yang sama bermula jam 5PM (waktu Singapura).

Gerak tarian yang penuh bergaya, anggun dan bertenaga oleh ahli-ahli PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE, menunjukkan kecekalan dan keazaman kumpulan itu dalam mengejar impian mereka. Setiap ahli membawakan permainan mereka ditahap A, menyampaikan ayat-ayat yang memikat yang mencetuskan percikan api dan semangat di hati peminat mereka, dan mempersembahkan persembahan yang meletup seperti yang lain.

Single baharu ini adalah sebagai perhormatan kepada cita-cita kami, keyakinan diri dan usaha berterusan kami untuk mencapai kejayaan. Kami berharap lagu ini akan menjadi pemangkin dalam menyalakan api kehangatan dalam setiap pendengar dan mendorong mereka ke arah mencapai matlamat mereka sendiri. Kami menggalakkan semua orang untuk terus berusaha, menyemarakkan keghairahan anda dan sentiasa menggapai impian. Mari bersama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih besar!

– PSYCHIC FEVER

Jom saksikan video muzik rasmi ‘FIRE feat. SPRITE’

PSYCHIC FEVER FROM EXILE TRIBE

PSYCHIC FEVER ditubuhkan pada 2019 dan kumpulan ini terdiri daripada mereka yang berbakat besar dari EXPG STUDIO (akademi tarian yang dikendalikan oleh LDH) dari seluruh Jepun. Kumpulan ini dianggotai oleh Tsurugi, Ryoga Nakanishi, Ren Watanabe, JIMMY, Kokoro Kohatsu, Ryushin Handa dan WEESA. Pada 13 Julai 2022, kumpulan itu membuat penampilan sulung rasmi mereka pada 13 Julai 2022 sebagai “PSYCHIC FEVER dari TRIBE EXILE”dengan album “P.C.F” yang memuatkan lagu seperti “Hotline”, “Best For You”, “Tokyo Spiral” dan “Choose One” yang merupakan lagu utama. ‘ForEVER ‘ telah dipilih kumpulan ini sebagai nama fanclub mereka.

Terbaru, PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE telah memenangi anugerah ‘Next Generation Global’ di kalangan artis K-Pop lain yang telah mempesona dunia pada ANUGERAH MUZIK GENIE (GMA) 2022, serta ‘Asia Rising Star Award’ di Anugerah Digital Thailand 2022. Kumpulan itu akan terus berusaha ke arah menjadi artis global yang diiktiraf bukan sahaja di Jepun, tetapi di seluruh dunia dan untuk mencapai matlamat untuk menduduki tempat teratas di Carta Billboard Global 200.

Peminat boleh dapatkan perkembangan terkini PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE menerusi platform Website | Facebook | Instagram | Twitter | Tik Tok | Youtube 

Baca juga : BALLISTIK BOYZ & PSYCHIC FEVER dari EXILE TRIBE akan memeriahkan Japan Expo Malaysia 2023

Sedikit informasi mengenai SPRITE

Pada usia 16 tahun, SPRITE merupakan antara penyanyi rap termuda di Thailand yang telah berjaya menarik perhatian seluruh dunia. Pernah muncul dalam rancangan uji bakat ‘Show me the money Thailand’, SPRITE mendapat populariti dengan mengeluarkan single ‘Ton’ bersama penyanyi rap bebas Thai-British, GUYGEEGEE pada tahun 2021. Single itu menduduki tangga ke-89 dalam carta Billboard Global, pencapaian pertama untuk artis Thailand. Video muzik itu juga mencapai jumlah tontonan 100 juta di YouTube dalam masa sebulan dan menjadi topik perbualan besar dalam komuniti YouTube Thailand. SPRITE juga telah memenangi ‘Artis Baru Asia Terbaik’ di Anugerah Muzik Asia Mnet (MAMA) pada tahun yang sama. Anda boleh follow perkembangan terbaru SPRITE menerusi Instagram | YouTube

loading...