BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE lancar lagu baru “All I Ever Wanted” dengan paduan suara bersama GULF KANAWUT

BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE Bersedia Menambat Hati Peminat dengan GULF KANAWUT dari Thailand Dengan Single Terbaru ‘All I Ever Wanted’

Supergroup terkenal Jepun, BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE kini kembali dan bersedia untuk menawan hati peminat di seluruh dunia dengan single terbaru mereka, ‘All I Ever Wanted’. Ini merupakan satu usaha kerjasama antara kedua-dua kumpulan dan pelakon dan artis popular Thailand, GULF KANAWUT. Single mereka itu dijadualkan untuk dikeluarkan pada 29 Ogos 2023, Selasa, disemua platform penstriman digital utama.

‘All I Ever Wanted’ dihasilkan oleh penerbit EDM Thai yang prolifik, Ae BOTCASH, single yang mengetengahkan genre Hip Hop terkini ini berkisarkan tentang BALLISTIK BOYZ yang ingin menzahirkan penghargaan yang tulus ikhlas untuk peminat mereka. Dengan bersandarkan matlamat utama mereka iaitu, BALLISTIK BOYZ tidak akan bermakna jika mereka tidak mendapat sokongan berterusan peminat mereka. Kumpulan itu juga turut membandingkannya dengan rasa cinta daripada orang tersayang, disamping menekankan kepentingan persahabatan dan sokongan dalam mencapai impian.

Kumpulan itu turut menjelaskan bahawa “‘All I Ever Wanted’ adalah sebuah lagu tentang perjalanan dalam mencapai destinasi yang diingini di mana ia adalah satu kepuasan apabila ia dikongsi dengan orang yang kita sayangi. Ia melebihi pencapaian bersifat individu kerana bagi kami sesebuah kejayaan itu lebih bermakna apabila momen-momen berharga itu dapat dikongsi bersama peminat, sesama ahli kumpulan, keluarga dan rakan kami. Momen-momen bersama mereka dalam menggapai impian adalah pengalaman yang sangat bernilai.

Video muzik untuk lagu itu akan menjadi pelengkap dalam menyampaikan mesej yang sempurna.  Berdasarkan tema keluaran dan video muzik mereka sebelum ini, ‘Drop Dead’, ‘All I Ever Wanted’ menyelidiki dunia “Post-Apocalyptic” yang sebahagiannya telah pulih daripada kemusnahan. Di dunia ini, BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE menggambarkan sisi keseronokan dan keceriaan mereka, menunjukkan bahawa mereka boleh mencari kegembiraan walaupun dalam keadaan yang mencabar selagi mereka bersama sebagai sebuah kumpulan. GULF KANAWUT memainkan peranan sebagai mangsa yang terselamat dalam dunia pasca-apokaliptik ini, berfungsi sebagai simbol harapan dan ketabahan, sama seperti BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE sendiri. Intipati video itu akan menyampaikan idea bahawa kebahagiaan sebenar terletak pada kepercayaan serta kesetiaan mereka yang kita sayangi, tanpa mengira apa jua keadaan. Selain itu, kerjasama antara BALLISTIK BOYZ dan GULF KANAWUT mengukuhkan lagi hubungan antara tema lagu dan representasi visual, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih bermakna bagi penonton.

Dengan matlamat untuk menggabungkan artis dari budaya yang berbeza, pengasas HIGH CLOUD ENTERTAINMENT Thailand, artis Hip Hop dan Penerbit Eksekutif, F.HERO, mengambil inisiatif dalam menyatukan BALLISTIK BOYZ daripada E XILE TRIBE dan GULF KANAWUT dalam projek muzik ini.

Sebab mengapa saya memilih GULF KANAWUT untuk berkolaborasi dalam lagu ini adalah kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini dalam lagu ‘Why You So Serious’, dan dia berpotensi untuk menghidupkan elemen rap yang menyeronokkan dan mengujakan dalam sesebuah lagu. Saya mahu bekerja dengannya semula, dan dia seperti adik kepada saya. Saya fikir GULF dan BALLISTIK BOYZ akan serasi bekerjasama, jadi saya membawanya untuk bertemu serta mengenali antara satu sama lain. Ternyata ia satu kerjasama yang hebat dan kami menikmati keseronokkan bersama-sama.

– F.HERO

Kali ini, F.HERO mengesyorkan GULF KANAWUT kepada kami. Dan sudah tentu, tuntutan kerja GULF KANAWUT bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Jepun serta bahagian lain di Asia, sama seperti kami. Lebih-lebih lagi, kami juga mahu dikenli di peringkat global dengan hasil kerja kami. Itulah impian yang kami kongsikan bersama GULF KANAWUT. Kami fikir adalah bagus jika kami dapat berusaha untuk itu bersama-sama dan mencapai tahap yang lebih tinggi. Ini adalah salah satu faktor bagaimana ‘All I Ever Wanted’ wujud. Terdahulu, kami pernah mengambil bahagian bersama dalam siri Youtube ‘New School Breakin’ dan kini kami kembali ke Thailand dan merakam video muzik bersama-sama. GULF sangat baik semasa penggambaran. Kami berasa sangat seronok sepanjang penggambaran video muzik itu, dan kami percaya hasilnya akan menjadi hebat.

— BALLISTIK BOYZ

‘All I Ever Wanted’ bersedia untuk meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di hati peminat di seluruh dunia, memberi inspirasi kepada mereka untuk menghargai ikatan mereka dan mengejar aspirasi  dengan semangat yang tidak berbelah bahagi. BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE dan GULF KANAWUT telah mencipta karya seni yang luar biasa yang akan bergema dan menjadi inspirasi kepada semua orang yang mendengarnya.

Jom kita dengarkan lagu “All I Ever Wanted” dari BALLISTIK BOYZ dan GULF KANAWUT dan jangan lupa untuk strim dan dengarkannya disemua platform penstriman digital utama pada hari ini 29 Ogos 2023, Selasa.

Terkini : Muzik video lagu “All I Ever Wanted” juga telah dirilis pada semalam. Jadi, jom sama-sama kita saksikan.

BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE

Ditubuhkan pada 2018, BALLISTIK BOYZ daripada EXILE TRIBE ialah kumpulan multi-talented Jepun dengan dianggotai oleh 7 ahli yang terdiri daripada Ryuta Hidaka, Yoshiyuki Kano, Ryusei Kainuma, Miku Fukahori, Rikiya Okuda, Riki Matsui dan Masahiro Sunada.

Menjadi kumpulan ke-6 yang diwujudkan daripada kolektif supergroup, EXILE TRIBE, kumpulan ini membuat penampilan sulung mereka pada tahun 2019 dengan album bertajuk mereka sendiri  ‘BALLISTIK BOYZ’ dan telah memenangi Anugerah Rising Star di MTV VMAJ pada tahun yang sama. Sebagai sebahagian daripada keluarga LDH yang merupakan agensi kumpulan itu, BALLISTIK BOYZ telah menyertai pelbagai projek termasuk BATTLE OF TOKYO bersama dengan kumpulan lain dari Jr.EXILE, menjadi sebahagian daripada rancangan TV – ‘Weekly EXILE’, dan yang terbaru mengeluarkan album baharu mereka, ‘PASS THE MIC’ pada tahun 2021.

Menggunakan sepenuhnya bakat dan kebolehan fizikal mereka, BALLISTIK BOYZ atau pun dikenali sebagai BBZ merupakan kumpulan artis pertama dari EXILE TRIBE di mana semua ahli berkebolehan menari, menyanyi, rap, dan melakukan akrobatik. Kumpulan ini yang menggunapakai BBZ Family sebagai nama fanclub mereka sentiasa menghadirkan muzik yang menyegarkan dan sesuai dengan perkembangan terkini, persembahan secara langsung yang mantap, lantunan vokal baik serta choreography yang bertenaga. Kini BALLISTIK BOYZ dari EXILE TRIBE dalam misi untuk mengibarkan bendera EXILE TRIBE dilangit tinggi untuk menjadi supergroup muzik Jepun yang terkenal di seluruh dunia.

Sedikit informasi mengenai GULF KANAWUT

Kanawut Traipipattanapong, lebih dikenali dengan nama GULF KANAWUT, adalah seorang model dan pelakon Thailand. Dia terkenal dengan peranannya sebagai “Type” dalam siri televisyen Thai BL (Boys Love), ‘TharnType: The Series’. Drama ini mencatat  populariti yang besar di Thailand dan di peringkat antarabangsa, selain telah menerima 5 daripada 7 anugerah pada 2020. Pada penghujung tahun 2021, GULF KANAWUT menduduki tempat ke-3 di belakang rakan selebriti, Wynn dan Bright dalam undian populariti pelakon Thai tahunan, sekaligus membuktikan bahawa dia adalah  salah seorang bintang Thailand yang paling bersinar dan mendapat perhatian ramai.

Dalam tempoh singkat kerjayanya, GULF KANAWUT telah mengumpulkan ramai peminat menerusi kelab peminatnya di seluruh dunia termasuk Thailand, Filipina, Jepun, Vietnam, Korea, Indonesia dan di rantau AS serta Eropah.

 

loading...