Song Yuvin ‘Produce X 101’ luahkan perasaannya setelah gagal merebut tempat di dalam X1

Song Yuvin, finalis rancangan realiti tv ‘Produce X 101’, menulis surat yang dimuatnaik ke dalam instagram-nya dengan meluahkan perasaannya sepanjang berada di dalam akademi dan kegagalannya merebut tempat di dalam X1.

Memetik kenyataannya secara ringkas, Song Yubin menyatakan rasa berterima kasih kepada mereka terbabit dengan rancangan itu kerana menyukainya dan menyokongnya selama ini.

“Saya bersemangat untuk menyertai Produce X 101 kerana mereka, dan ada banyak momen-momen dikenangi sepanjang penggambaran. Sewaktu saya keluar bersama mereka, saya tiada lagi berputus atas. Saya rasa sudah berpengalaman dan telah membesar sepenuhnya serta sudah tahu apa nak dibuat pada masa depan,” katanya.

“Saya memikirkan keputusannya itu menunjukkan bahawa saya perlu bekerja lebih keras lagi, dan saya gagal kerana saya tak melakukannya dengan baik ,” tambahnya lagi.

Akhir kata, Song Yuvin mengucapkan ribuan terima kasih pada kesemua staf, krew dan pelatih-pelatih yang membantunya dan memberi kenangan manis buat dirinya. Song Yuvin merupakan ahli kumpulan MYTEEN yang debut pada tahun 2017 sebelum memilih untuk menyertai Produce X 101 bersama rakan sekumpulannya, Kim Kookheon. Song Yuvin meraih tempat ke-15 di dalam episod akhir rancangan itu sekaligus menamatkan peluangnya untuk debut bersama X1.

Sumber: xsportnews, newsen , instagram Song Yu Vin

loading...