BAMBAM GOT7 kunjungi Malaysia sempena siri jelajah BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52]. Tiket mula dijual 18 Ogos ini

BAMBAM dari kumpulan GOT7 yang berasal dari  Thailand akan memulakan siri jelajah dunia solo pertamanya “2023-2024 BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52]” dan Malaysia adalah salah satu destinasi persinggahannya. “2023-2024 BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52] DI KUALA LUMPUR”, anjuran iMe MY, akan diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2023 (Ahad), bermula 7 PM.

BAMBAM, yang sebelum ini merupakan sub rapper dan penari utama kumpulan GOT7, memulakan kerjaya sebagai penyanyi solo pada 2021 dengan album mini Korea pertamanya “Ribbon”. Disebabkan sambutan yang baik daripada orang ramai, dia membuat kemunculan semula pada Mac tahun ini dengan album pertamanya “Sour & Sweet”. Selain bergelar penyanyi, BAMBAM juga telah muncul di beberapa rancangan pelbagai Korea dan telah mencipta popularitinya sendiri dengan telatah lucu dan kecerdikannya, sehingga berjaya dicalonkan untuk “Penghibur Baharu Terbaik” di “2nd Blue Dragon Series Awards”.

Pada 12 Julai, BAMBAM telah mengumumkan tarikh dan lokasi untuk siri jelajah dunia solo pertamanya “AREA 52.” – termasuk Kuala Lumpur sekaligus membuatkan peminatnya di Malaysia teruja. iMe MY selaku penganjur, baru sahaja mengumumkan secara rasmi mengenai harga tiket, venue floor plan, tarikh jualan tiket dan fan benefits.

Tiket “2023-2024 BamBam THE 1ST WORLD TOUR [AREA 52] DI KUALA LUMPUR” dijual pada harga VIP Standing – RM768, PS1 – RM668, PS2 – RM568, PS3 – RM468 dan PS4 – RM368 (harga jualan tidak termasuk yuran tempahan RM4). Makluman lanjut adalah seperti berikut:

Terdapat pelbagai faedah peminat (fan benefits) eksklusif untuk pemegang tiket kategori terpilih. Pemegang tiket VIP berpeluang untuk mendapatkan Hi-Touch dengan BAMBAM, pakej hadiah edisi terhad, kad gambar eksklusif, polaroid dan poster yang bertandatangan, kemasukan awal ke tempat persembahan dan juga peluang untuk menghadiri sidang media dan foto berkumpulan bersama BAMBAM. Bagi peminat yang telah membeli tiket PS1, mereka berpeluang memenangi pass sesi Hi Touch, pass sidang akhbar, polaroid bertandatangan dan poster. Sementara itu, bagi pemegang tiket PS2, mereka berpeluang memenangi pass sesi Hi touch, pass sidang akhbar, poster yang ditandatangani dan kad foto eksklusif. Pemegang tiket PS3 pula akan berpeluang memenangi poster yang ditandatangani dan berpeluang mendapatkan kad foto eksklusif. Akhir sekali, pemegang tiket PS4 berpeluang mendapatkan kad foto eksklusif sahaja.

Tiket konsert akan mula dijual pada 18 Ogos, 12 PM melalui my.bookmyshow.com. Setiap pembeli terhad membeli  4 tiket sahaja bagi setiap transaksi. Untuk butiran lanjut, sila follow platform media sosial rasmi iMe MY.

loading...