Chen EXO umum akan adakan majlis perkahwinan biarpun setelah 3 tahun berkahwin

Lambat melaksanakan sesuatu bukan alasan untuk tidak menikmati kenangan yang manis seumur hidup. Mungkin kata-kata ini bersesuaian ditujukan buat Chen EXO dan isteri.

Pada 16 Ogos, SPOTV NEWS melaporkan bahawa Chen EXO akan mengadakan majlis perkahwinan dengan isterinya pada bulan Oktober. Untuk pengetahuan Chen telah berkahwin tiga tahun yang lalu.

Sebagai maklum balas kepada laporan itu, SM Entertainment mengesahkan, “Ya, betul. Chen akan mengadakan majlis perkahwinan, yang telah tertangguh disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, pada bulan Oktober ini.”

Chen mengumumkan perkahwinannya pada Januari 2020, dan pasangan itu menyambut kelahiran anak pertama mereka pada April tahun yang sama. Kemudian pada Januari 2022, isterinya telah melahirkan anak perempuan kedua mereka semasa Chen sedang menjalani khidmat ketenteraan.

Chen dan isteri tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan kerana keadaan yang tidak mengizinkan seperti tempoh bersalin dan menjalani perkhidmatan tentera wajib, tetapi pasangan itu dalam diam kini sedang membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan mereka yang tertangguh pada Oktober.

Chen kini sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan album solo Jepun pertamanya “Polaris” pada 17 Ogos dan siri  jelajah Jepun solonya bermula pada 19 Ogos.

Sumber : 1 | 2

loading...