“The Kidnapping Day”- siri komedi seram lakonan Yoon Kye Sang & Park Sung Hoon akan bersiaran di Prime Video Malaysia 13 September ini

Siri komedi seram Korea “The Kidnapping Day”, yang dihasilkan oleh AStory, akan tersedia untuk tontonan diplatform Prime Video Malaysia mulai 13 September.

Diadaptasi dari novel Korea dengan judul yang sama, “The Kidnapping Day” mengisahkan tentang ikatan antara seorang penculik yang naif dan seorang kanak-kanak genius akan bekerjasama disaat mereka mendapati diri mereka terlibat dalam situasi yang tidak terduga.

Penonton dapat mengharapkan gelak tawa serta jenaka dan aksi yang mendebarkan pada masa yang sama sepanjang perjalanan mereka dalam mencari kebenaran di sebalik misteri dan pembunuhan yang berlaku.

Pengarah Park Yu-young, yang pernah mengarahkan “Model Family”, “Love Alarm Season 2” dan “Kingdom Season 1″ akan menyutradarai drama ini, bersama dengan penulis skrip Kim Je-young, yang sebelumnya menggarap drama  Miss Wife”, “Insane” dan “Cheese in the Trap”.

Drama ini akan dibintangi oleh Yoon Kye-sang, Park Sung-hoon, pendatang baru Yoo Na dan Kim Shin-rok. Yoon Kye-sang, yang baru-baru ini membintangi “Kiss Sixth Sense,” akan memegang watak Kim Myeong-jun seorang ayah yang kecewa dan terdesak.

Kim Myeong-jun memutuskan untuk menculik Ro-hee bagi membayar bil hospital anak perempuannya. Park Sung-hoon, yang memainkan peranan utama dalam “The Glory”, akan memainkan watak Park Sang-yun, seorang detektif yang menyiasat kes penculikan.

Pelakon baharu Yoo Na, yang terpilih daripada 500 peserta uji bakat, akan memainkan watak sebagai budak pintar dan sinis bernama Choi Ro-hee. Manakala Kim Shin-rok, yang membintangi “Reborn Rich” akan memainkan watak bekas isteri Myeong-jun, Seo Hye-eun, yang merancang penculikan.

“The Kidnapping Day” yang mempunyai 12 episode akan menyiarkan episode baru pada setiap hari Rabu dan Khamis mulai 13 September ini.

Drama ini juga turut tersedia di lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia. Menerusi aplikasi Prime Video, para pelanggan juga boleh memuat turun episod pada peranti mudah alih dan tablet mereka dan menonton di mana-mana di luar talian tanpa kos tambahan. Prime Video boleh dilanggan di Malaysia dengan bayaran pada hanya RM25 sebulan dan ada akan dapat menikmati pelbagai hiburan yang terbaik tanpa henti dan tanpa sempadan.

loading...