[Panas] Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun kini sedang bercinta!

Pagi Khamis yang cerah ini, media Korea dan antarabangsa dikejutkan dengan berita percintaan Jisoo dan Ahn Bo Hyun.

Pada 3 Ogos, Dispatch melaporkan bahawa Jisoo BLACKPINK dan pelakon Ahn Bo Hyun kini sedang bercinta. Portal media berkenaan secara eksklusif melaporkan bahawa Jisoo dan Ahn Bo Hyun kerap menghabiskan masa di rumah Jisoo di Yongsan setiap kali Jisoo kembali ke Korea.

Sebagai maklum balas, agensi Jisoo- YG Entertainment dan agensi Ahn Bo Hyun  – FN Entertainment turut mengesahkan laporan itu.

Mereka dalam proses mengenali satu sama lain dengan perasaan positif, Kami merasa berterima kasih jika anda melihat mereka dengan penuh kemesraan.

Dilahirkan pada tahun 1988, Ahn Bo Hyun kini berusia 35 tahun. Manakala Jisoo berusia 25 tahun, 7 tahun lebih muda daripada Ahn Bo Hyun. Kedua-dua bintang itu memulakan kerjaya pada tahun 2016; Ahn Bo Hyun debut sebagai menerusi filem ‘Hiya’ dan Jisoo debut sebagai penyanyi bersama BLACKPINK. Jisoo dan BLACKPINK kini masih lagi dalam siri jelajah konsert ‘BORN PINK’ manakala drama lakonan Ahn Bo Hyun, “See You In My 19th Life” masih lagi ditayangkan menerusi platform Netflix.

Tahniah kepada Jisoo dan Ahn Bo Hyun yang mana keduanya nampak serasi bersama!

Sumber : 1  |  2   |  3

loading...