Kihyun, ahli ke-4 MONSTA X akan mulakan khidmat tentera Ogos ini

Nampaknya seorang lagi anggota MONSTA X akan menyertai tentera tidak lama lagi. Kali ini giliran Kihyun tiba.

Pada 1 Ogos, Kihyun secara peribadi telah berkongsi surat tulisan tangan di kafe peminat rasmi MONSTA X, bagi memaklumkan mengenai pendaftaran masuk ke kem tentera.

Dia menulis perkara berikut:

MONBEBE! Ini Kihyun! Adakah hari ini hari yang baik untuk korang?

Saya banyak berfikir macam mana nak menulis. Tapi saya rasa MONBEBE dah tahu apa yang nak saya kongsi. Jadi, saya akan ringkaskan saja.

Saya akan mendaftar pada 22 Ogos. Walaupun saya sudah bercakap mengenainya berkali-kali dan anda tahu hari itu akan datang, saya tahu MONBEBE akan jadi yang pertama rasa risau, tetapi saya berasa lega kerana saya akhirnya akan laksanakan khidmat tentera wajib yang tertangguh ini.

Saya bersyukur kerana ramai orang yang menyokong saya. Saya akan melakukan yang terbaik untuk mencipta kenangan berharga dalam pelbagai cara sehingga saya pergi.

Saya hanya bersyukur kerana terdapat banyak orang yang menyokong saya haha.

Saya akan bekerja keras untuk meluangkan masa yang berharga melalui pelbagai cara sebelum saya pergi.

Semoga MONBEBE sentiasa menunggu sehingga saya kembali aktif dalam industri hiburan Korea Selatan.

Saya sayang kamu MONBEBE. Selamat tinggal!

Kihyun kini merupakan ahli keempat MONSTA X yang menyertai tentera, mengikut jejak Shownu, Minhyuk, dan Jooheon. Shownu telah pun menamatkan perkhidmatan tenteranya bulan April, manakala Minhyuk dan Jooheon baru-baru ini memulakan perkhidmatan mereka sebagai askar bertugas aktif.

Selamat menjalani khidmat tentera dengan baik Kihyun.

Sumber : 1

loading...