Chen sampaikan “Cherry Blossom” buat Do Kyung Soo tersayang

Pihak produksi tvN 100 Days My Husband yang dibintangi oleh ahli kumpulan EXO, Do Kyung So atau dikenali sebagai D.O telah mengeluarkan lagu ost ke-3 bagi drama tersebut yang mana dinyanyikan sendiri oleh rakan sekumpulannya iaitu Chen. Cherry Blossom Sonata ialah sebuah lagu bergenre balada yang dikompos bersama oleh Park Geun Cheol, Sumin dan Marty. Kelunakan suara Chen telah membuatkan penonton beremosi seolah-olah sedang merasai kehangatan drama tersebut.

Sebelum ini Chen pernah menyanyikan lagu ost bagi drama debut pertama D.O, SBS Its Okay That’s love yang berjudul “Best Luck” yang turut mendapat pengiktirafan lagu ost terbaik di Seoul International Youth Film Festival ke -16. Ditambah dengan peningkatan rating sebanyak 10% dalam beberapa episod terbaru, diharapkan hadiah Chen ini mampu menaikkan semangat penonton sedia ada dan menarik minat orang luar untuk menonton drama ini.

tvN “Hundred Days Husband” berkisarkan tentang seorang putera mahkota bernama Lee Yool dari kerajaan Joseon yang hilang selama seratus hari, dijumpai oleh Hong Shim lakonan Nam Ji Hyun dalam keadaan di mana mereka terpaksa menyamar sebagai suami isteri sementara. Mereka menguruskan kedai terkemuka di Joseon sebagai protes melawan cukai yang amat tinggi dikenakan kepada rakyat marhaen oleh bangsawan paling celaka digelar sebagai bapa cukai negara. tvN Hundred Days Husband ini ditayangkan menerusi saluran 8tv (ch 708) pada setiap Isnin dan Selasa, jam 10.20 malam.

Sumber: tvN board

loading...